in

Gimik Konsert BigBang di Malaysia Paling Hebat

Pada jam 2 petang ini, Budiey akan ke sesi Rehersal Konsert BigBang. Tapi sayangnya, kamera dan video tak boleh dibawa masuk. Aduyai.

Excited untuk bertemu dengan BigBang dan menemuramah mereka. Oh yeah. Wow Fantastic Baby!

Pass Vip Utk Masuk Ke Rehersal Konsert Bigbang Dah Ada Di Tangan. Sape Nak? Wow Fantastic Baby!

BAS, kain rentang sepanjang 50 meter serta ribuan ‘lightstick’ kuning, merah serta biru sudah bersedia menantikan kemunculan kumpulan sensasi dari Korea Selatan, BigBang di Stadium Merdeka, malam ini.

Saat BigBang mengumumkan kemunculan pertama mereka di Malaysia, Mei lalu, peminat nyata teruja dan merancang melakukan pelbagai aktiviti menarik berikutan ini kali pertama kumpulan di bawah naungan YG Entertainment itu tampil lengkap dengan lima ahli selepas hanya tiga daripada mereka muncul di pesta K-Pop Malaysia, dua tahun lalu.

Bagi meraikan kedatangan mereka ke negara ini, sebagai salah satu negara pilihan bagi siri konsert BigBang Alive Galaxy Tour 2012, kelab peminat kumpulan itu bergabung tenaga menganjurkan projek sokongan membabitkan perbelanjaan lebih RM10,000.

Bas Bigbang

Sejak lebih sebulan lalu, Kelab BigBang 1st Malaysia, My-vip, YG-Hype, Myvip, @BigBangMalaysia, MYVIPs, @VipsM dan beberapa sub-kelab lagi berusaha mendapatkan dana bagi menjayakan projek itu yang antaranya membabitkan bas BigBang, kain rentang sepanjang 50 meter dan ‘encore’ lagu Until Whenever selain pancaran ‘lightstick’ kuning, merah dan biru.

Lebih menarik apabila tarikh konsert ini berlangsung hanya seminggu sebelum tarikh lahir salah seorang ahlinya, TOP, yang bakal berusia 25 tahun pada 4 November ini. Peminat Malaysia berpeluang menyanyikan lagu selamat hari lahir lebih awal dalam konsert ini nanti.

Menurut salah seorang Pengasas Kelab BigBang 1st Malaysia, Migo Ho, projek ini adalah tanda penghargaan peminat terhadap BigBang kerana menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara pilihan.

“Selain tanda terima kasih kami kepada BigBang, projek ini juga diharapkan menyemarakkan lagi sokongan peminat serta memberi kelainan berbanding konsert BigBang di negara lain.

“Menerusi projek ini, kami dapat mengumpul hampir semua kelab peminat BigBang di Malaysia, sekali gus merapatkan hubungan dan membolehkan kami berkongsi minat yang sama,” katanya.

Projek ini dimulakan dengan mengecat kain rentang sepanjang 50 meter yang diadakan ketika Festival Hallyu di Universiti Taylors bulan lalu, tertera ayat “WE MALAYSIA VIPS LOVE YOU BIGBANG UNTIL WHENEVER”.

Ia kemudiannya diteruskan dengan projek bas iaitu imej ahli kumpulan BigBang menjadi latar utama bagi bas bernombor plat WNR2041 yang melalui jalan utama antaranya Jalan Hang Lekiu, Jalan Ampang, Pekan, Pekan Ampang, Flat Sri Nilam, Ampang Point, KLCC, Jalan Ampang dan Ampang Park.

Bas ini boleh dinaiki peminat dalam tempoh sebulan mulai 13 Oktober lalu sehingga 12 November ini Ketika konsert berlangsung, projek Yellow Sea, Blue, Red dan Encore Until Whenever pula akan dijalankan.

Yellow Sea memberi tumpuan kepada ‘lighstick’ kuning iaitu lampu suluh berbentuk mahkota yang melambangkan identiti BigBang. Pancaran kuning ini akan dinyalakan peminat ketika BigBang mendendangkan lagu-lagu mereka kecuali lagu Blue dan Fantastic Baby.

Kala lagu Blue didendangkan, peminat diminta menyalakan pula pancaran ‘lightstick’ biru, sementara merah untuk Fantastic Baby.

Untuk projek LED ini, 4,000 ‘lightstick’ akan diberikan percuma untuk peminat pada hari konsert dan boleh juga dibeli pada harga RM1 yang mana hasilnya akan didermakan ke rumah kebajikan atas nama BigBang.

Projek Encore Until Whenever pula terarah kepada nyanyian peminat untuk BigBang. Peminat diminta menyanyikannya sebelum tamat konsert dan 10,000 kad lirik lagu Until Whenever akan diberikan di pintu masuk. Sumber: Harian Metro

Sempena kedatangan grup idol dari Korea Selatan itu bagi mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 27 Oktober ini, satu kelab peminat BIGBANG yang menggelarkan diri mereka [email protected] Malaysia telah mengambil iniasitif dan kami kira ia idea yang cambest, dengan menaja iklan konsert BIGBANG pada sebuah bas Rapid KL.

Bas Bigbang

Menarik, luaran bas tersebut terpampang iklan promosi konsert jelajah konsert BIGBANG Alive Galaxy Tour in Malaysia 2012 berserta gambar kelima-lima anggota kumpulan yang menjadi kegilaan ramai ini- Seungri, GD, Taeyang (kat roda, kesian…), Daesung dan TOP. Ya, itu tarikannya!

Dimaklumkan, satu-satunya bas BIGBANG ni beroperasi selama sebulan iaitu sehingga November ini. Dan perkhidmatannya bermula dari Jalan Ampang [dari Ampang (korean Village (Korean Village / Ampang Point Mall) hingga ke KLCC.

Respon daripada sebilang peminat, ramai yang mencadangkan untuk bas ini dibawa ke stadium Merdeka pada hari konsert nanti. Dan kami percaya, kelab peminat tersebut sedang mengusahakannya.

Mungkin siapa tahu, BIGBANG sendiri akan ke stadium dengan menaiki bas ini nanti. Ya, acara sebegitu pernah dibuat oleh satu kumpulan rock dari Amerika Syarikat, satu ketika dulu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cik Piah Feeya Iskandar Suria Fm | 23

Penyampai Sinar FM Feeya Iskandar Terima Surat Lucah

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar