in ,

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Pada hari ini, 27 Oktober 2012, hari raya haji yang kedua, penuh keberkatan, telah berlangsungnya Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail dengan Zahie Omar pada jam 3.30 petang.

Kedua-dua mereka kelihatan sepadan dan sweet dengan pakaian sedondon pink lembut. Cantiknyaaaa. Hiasan pun cantik jugak. Rekaan khas lagi eksklusif dari Ezuwan Ismail (EIKL).

Pertemuan dan perkenalan Ezuwan Ismail & Zahie Omar bermula semasa mereka sama-sama mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah awal tahun ini. Mengingatkan Budiey dengan pertemuan antara sahabat baik Ezuwan iaitu Irma Hasmie yang juga mengalami pengalaman yang sama. Berkenalan di Mekah, merisik lalu bertunang.

Ezuwan akan melangsungkan majlis pertunangan pada bulan November ini. Sementara itu, pasangan ini merancang untuk berkahwin pada tahun depan.

Alhamdulilah, majlis telah pun berjalan lancar. Semoga hubungan mereka bahagia, bertunang dan selamat mendirikan rumah tangga kelak.

Tahniah Ezuwan Ismail dan Zahie Omar.

Majlis Pertunangan Pereka Fesyen Ezuwan Ismail

Majlis Pertunangan Pereka Fesyen Ezuwan Ismail

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gimik Konsert BigBang di Malaysia Paling Hebat

Video Aaron Aziz Jadi Pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia