in ,

Gempar Suhaimi Sulaiman Letak Jawatan Pengerusi Bernama Serta-Merta

GEMPAR! Pengerusi Lembaga Pengelola Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Suhaimi Sulaiman mengumumkan peletakan jawatannya.

Suhaimi pada Khamis mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bernama, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, surat itu dihantar pada Khamis kepada Lembaga Pengelola Bernama dan juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

“Ya, saya sudah menghantar surat peletakan tersebut. Namun ia terpulang kepada keputusan lembaga pengelola dan juga menteri, ” katanya ringkas kepada Bernama.

Suhaimi, 58, yang merupakan seorang personaliti penyiaran dilantik sebagai Pengerusi Bernama bagi tempoh satu tahun berkuat kuasa 1 Februari lepas.

Sebelum dilantik Pengerusi Bernama, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pengarang saluran berita TV Astro Awani. – Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NIKAHSATU Lancarkan Kempen Balas Jasa Pasukan Petugas Hadapan

Pertaruhan Berani Amelina Menerusi Lagu Balada ADA UNTUKMU