in

Gathering Pembaca Sensasi Selebriti di WORLD MILK DAY

Salam semua pembaca Sensasi Selebriti,

Sempena dengan sambutan Hari Susu Sedunia atau lebih dikenali dengan nama WORLD MILK DAY, Budiey ingin mengajak semua pembaca untuk memeriahkan lagi event ini sambil kita minum susu percuma.

Tarikh: 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa: 10 pagi
Tempat: Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Pavilion KL

Event ini adalah anjuran Dutch Lady Malaysia yang mahu mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records – himpunan paling ramai minum susu. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan artis antaranya Amber Chia, Shakila, Dayana, Sharizan Borhan, Reshmonu, Alif Satar, Najwa dan Khoo Cai Lin.

Bersempena dengan sambutan ini, Budiey ingin mengajak pembaca yang tak kemana-mana pada hari tersebut untuk turut sama minum susu. Kalau tak nak minum susu free, korang boleh minum air mineral, tapi bawa sendiri lah dari rumah ya.

Selain goodie bag dari Dutch Lady (mungkin diberi T-shirt Dutch Lady kepada anda?), Budiey juga ingin membawa 20 goodie bag istimewa untuk diberikan kepada 20 orang pembaca pertama yang memakai baju-T Eksklusif Sensasi Selebriti Ulangtahun ke-3 (warna merah).

Mana-mana pembaca yang masih belum ada T-shirt merah ni, bolehlah beli dengan Budiey dengan harga RM20 sehelai. Tapi saiz yang ada cuma M & L sahaja. Sila hubungi Budiey untuk menempak T-shirt ini dan Budiey akan bawa T-shirt ini di Pavilion pada hari Ahad ini.

Jadi, kepada pembaca yang nak hadiah, kenalah pakai T-shirt Budiey.com yang merah ni ya. Mungkin pada hari itu, Pavilion akan penuh sesak, jadi pandai-pandailah korang cari Budiey kat mana. Atau nak senang, sila hubungi talian ini: 019 6602632.

Selain goodie bag, pembaca juga akan berpeluang untuk menonton bersama pembaca yang lain – filem A Nightmare on Elm Street di Golden Screen Cinemas, Pavilion pada jam 4 petang! Tiket adalah terhad. Siapa cepat dia dapat. Yuran Sensasi Selebriti sebanyak RM5 dikenakan setiap seorang seperti biasa.

Untuk tempahan tiket, sila hubungi Budiey 019 6602632.

See u there!

Antara hadiah-hadiah yang mungkin korang akan dapat dalam goodie bag:

T-shirt yang menawan lagi bergaya!

Rexona Men – Deodorant untuk lelaki yang terbaru. Pasti harum!

Haruman menawan dari Rexona Men Stick

Gatsby Deodorant! Mantap!

Nota-nota untuk mencatit urusan kerja anda atau barangan yang perlu dibeli.

Buku nota ~

Voucher membeli belah di Modern Aluminium Kitchen

Goodie bag yang kuning terang merona ceria!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Timothy dan Sayau Di Kapit Sempena Gawai

Camelia Kahwin Datuk Tapi Bukan Wira Tun Daim Zainuddin