in , ,

Gara-Gara Isteri Merajuk, Shuk Sahar Hadiahkan iPhone 11 Pro Max Untuk Pujuk

Pelawak Shuk pernah tercalit dengan kisah melibatkan orang ketiga dalam rumahtangganya. Namun kini, dilihat perkahwinannya dengan isteri, Rossa Sera kelihatan semakin utuh dan kuat.

Menjengah di laman media sosial milik Shuk, pelawak yang juga kini merupakan penyampai radio Hot FM, telah buat satu kejutan dengan menghadiahkan sebuah handphone kepada isterinya itu.

Dikatakan, isteri kepada Shuk itu telah merajuk disebabkan Shuk kini begitu asyik dengan job dan juga kerjanya.

Oleh itu, untuk memujuk isterinya itu, Shuk telah menghadiahkan handphone jenama iPhone, model iPhone 11 pro max kepada Rossa Sera.

Shuk Sahar Hadiahkan iPhone 11 Pro Max

Ianya telah diabadikan melalui satu rakaman video yang diupload di IG dan youtube milik Shuk.

“Kejutan untuk wife saya, semenjak dua menjak ini, wife saya ada terasa dan merajuk kat saya.

Dia kata sebabnya saya dah tak ada masa untuk dia. Memang betul sebab sayau busy dengan shooting dan kerja-kerja saya.

Kadang tu bila balik rumah tu hanya berlaga bahu saja, tak sempat nak berbual-bual, kadang-kadang terus tidur”.

“Jadi dia asyik monyok sejak dua menjak ni, jadi saya sebagai suami yang baik dan gentlemen saya akan beri kejutan yang tak disangka. Saya gelar ini projek beli jiwa”.

“Wife saya nak sangat nak pakai iPhone, so tonight saya tunaikan impian dia untuk dia dapat telefon iPhone,”

– Shuk Sahar

Melalui video itu, Shuk menelefon isterinya untuk turun ke bawah dan kemudian menunggu diluar pintu sehingga isterinya tiba, dan kemudian buat kejutan memberinya iPhone jenis model iPhone 11 pro max.

“Tapi nak buat surprise ni, saya risau juga. Risau dia cakap saya ni membazir. Ah lupakan je tu semua,”

– Shuk Sahar

Diimbas kembali, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada bulan Disember tahun 2015. Lima tahun mendirikan rumahtangga, kedua mereka telah dikurniakan dua anak.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Janganlah Panggil Saya Pondan,” Ditegur Sebab Berkebaya Semasa Ke TV AlHijrah, Nizam Rahman Mohon Maaf

Kisah Kerjaya Pakar Forensik Dalam MEDICAL EXAMINER DR QIN