in ,

“Janganlah Panggil Saya Pondan,” Ditegur Sebab Berkebaya Semasa Ke TV AlHijrah, Nizam Rahman Mohon Maaf

Siapa yang tak kenal dengan personaliti media sosial bernama Nizam Rahman yang mana beliau terkenal dengan video-video parodi dalam persalinan wanitanya di Instagram.

Hari ini, nama Nizam Rahman heboh diperkatakan oleh netizen apabila dia dikecam ketika menghadiri program di sebuah stesen televisyen Islamik, TV AlHijrah pagi tadi.

Nizam atau nama sebenarnya, Hairul Nizam Abdul Rahman, 30, dikhabarkan tidak sensitif apabila hadir mengenakan kebaya dan berambut palsu ketika memasuki bangunan TV AlHijrah. 

Bahkan, Nizam yang ketika itu sedang melakukan sesi live di Facebook turut menerima teguran pengunjung lain yang hadir sama ketika berjalan masuk ke studio yang terletak di kawasan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

NIZAM RAHMAN

Belum sempat dia menjejakkan kaki ke premis stesen penyiaran berkenaan, dia dihampiri dua lelaki yang menegur perbuatannya sehingga berlaku perbalahan mulut.

Bahkan, individu tersebut turut menyifatkan Nizam keterlaluan apabila hadir ke Kompleks Pusat Islam yang turut menempatkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sebagai keterlaluan.

“Buat apa eh kat sini? Untuk apa? Pastu kau pakai macam ni. Kau nak pakai macam ni masuk dalam? 

“Eh, memang tak bolehlah, ini TV Al-Hijrah. Fikirlah sikit, awak tu laki, tengok tu (ada) JAWI. Mana boleh kau pakai macam ni”

– tegur individu tersebut dengan penampilan memakai songkok. 

Menurut Nizam, dia memakai kebaya berwarna merah jambu itu kerana baru selesai penggambaran dan mengakui bercadang untuk menukar pakaian normal setibanya di stesen tv berkenaan.

Situasi itu kemudian menimbulkan sedikit kekecohan apabila Nizam mendakwa individu berkenaan mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

"Janganlah Panggil Saya Pondan," Ditegur Sebab Berkebaya Semasa Ke TV AlHijrah, Nizam Rahman Mohon Maaf

“Kurang ajarnya mulut dia panggil pondan,” balas Nizam yang kemudian cuba beransur meninggalkan individu tersebut.

Bahkan, di ruangan komen sesi live tersebut, Nizam yang terkenal dengan karakter Ramona dalam video parodinya itu turut dipersoalkan netizen yang terkejut.

“Seriuslah pakai macam ni?

“Tukarlah baju tu dulu,” komen sebahagian warga net.

Bagaimanapun, ketika bersiaran secara langsung di televisyen, Nizam dilihat mengenakan persalinan lengkap berbaju Melayu.

Nizam yang terkilan dengan insiden tersebut kemudian menjelaskan situasi sebenar.

Melalui Instagram miliknya, Nizam Rahman memohon maaf atas kekecohan yang berlaku susulan video tular dia berpakaian wanita di pekarangan stesen TV Al-Hijrah. 

“Masalah timbul bila ada dua lelaki tiba-tiba tegur sound saya. Sebenarnya, saya memang rancang nak tukar baju masa sampai di sana. Kawan siap dah pegang baju lagi.

“Saya berpakaian macam tu sebab sebelum tu ada penggambaran untuk satu produk dan habis agak lewat sehingga 6 pagi. Lepas habis tu saya terus bergegas ke sana untuk program siaran langsung pagi tadi,”

"Janganlah Panggil Saya Pondan," Ditegur Sebab Berkebaya Semasa Ke TV AlHijrah, Nizam Rahman Mohon Maaf

Jelasnya, biarpun sering tampil dengan karakter perempuan, namun, dia masih tahu batas-batas yang perlu diikutinya.

“Saya ni tak adalah bodoh mana nak berpakaian wanita nak masuk televisyen.

“Kalau TV komersil pun tak boleh ‘drag’ apatah lagi stesen TV yang mengetengahkan konsep patuh syariah.

“Saya memang plan nak tukar baju masa sampai sana. Kawan saya pegang baju lagi,” jelasnya pada Selasa petang.

Menurut Nizam, dia tidak kisah sekiranya ditegur dengan berhemah, namun mengakui terkejut apabila dihampiri dengan cara begitu.

“Saya masih tahu peraturan, malah mungkin ramai tak tahu saya sendiri pernah praktikal di sebuah stesen tv swasta. Jadi saya tahu, macam mana nak beradab.

“Masalah timbul bila ada dua hamba Allah tiba-tiba sound saya kenapa berpakaian wanita. Tak sangka pagi-pagi buta kena maki

“Nak tegur tapi marah-marah, cakaplah elok-elok, apa salahnya kan atau tanya dulu sebelum sembur.

“Nak tegur tapi marah-marah. Cakaplah elok-elok. Apa salahnya tanya sebelum nak sembur,”

Begitupun, Nizam turut memohon maaf sekiranya insiden tersebut turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

“Tak sangka pagi-pagi dah kena maki. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung. Semua ini salah faham,”

Kena tegur katanya sebab berpakaian wanita di tempat tak sesuai. Apa kes sebenarnya? Apa-apapun, kita terima je lah teguran sesiapa demi kebaikan bersama. Tapi nak tegur pun kenalah berhemah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teka-Teki Terjawab! Siti Nurhaliza Umum Hamil 4 Bulan, Siti Aafiyah Bakal Jadi Kakak

Gara-Gara Isteri Merajuk, Shuk Sahar Hadiahkan iPhone 11 Pro Max Untuk Pujuk