in

Yang Menarik Tentang Peraduan Game Show Kecoh Suria

Kecoh Suria merupakan sebuah ‘game show’ yang melibatkan bakat seperti menyanyi, menari dan berlakon. Sebanyak tiga kumpulan akan berentap selama empat minggu bagi merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM 10,000!

Peserta Kecoh Suria penyampai radio Suria seperti Shahrol Shiro, Zulin Aziz, Fizi Ali, Tyzo, Suraya dan DJ Lin. Malah Kecoh Suria ini juga digamatkan lagi dengan penglibatan selebriti tanah air seperti Izzue Islam, Zarul Husin dan Amy Mastura. Malah, setiap episod juga akan mempunyai juri jemputan seperti Azwan Ali, Saiful Apek, Pat Ibrahim dan Joey.

Peserta akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Karipap Kaboom, Kumpulan Cekodok Panas dan Kumpulan Nasi Lemak Power. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan atau cabaran yang berbeza genre setiap minggu. Tugasan tersebut dinamakan sebagai Lagu Kecoh, Joget Kecoh, Kecoh Sebabak dan Mulut Kecoh.

Lagu Kecoh akan menguji bakat peserta dalam bidang nyanyian dimana mereka dikehendaki menyanyikan lagu berdasarkan tema atau kata kunci yang mereka pilih melalui sampul warna. Mereka diberi masa selama 20 minit untuk melakukan persediaan dan persembahan mereka tidak boleh lebih daripada 2 minit. Mereka juga dibantu oleh seorang gitaris yang akan mengolah lagu berkenaan.

Bakat peserta dalam bidang tarian akan diuji melalui tugasan kedua iaitu Joget Kecoh. Jenis tarian akan diberikan kepada mereka melalui sampul warna. Peserta perlu menari jenis tarian berdasarkan sampul warna yang mereka pilih. Yang menariknya, juru tari professional juga disediakan bagi membantu peserta mengikut pilihan lagu kumpulan masing-masing.

Kecoh Sebabak akan menampilkan bakat peserta-peserta dalam bidang lakonan. Mereka harus melakukan sketsa yang bertemakan Sukan Sea mengikut kreativiti masing-masing. Seorang kru produksi akan membantu mereka untuk menghasilkan efek bunyi atau pelbagai jenis efek lain yang diperlukan.

Tugasan Mulut Kecoh pula sebenarnya adalah ‘lip sync battle’ di antara peserta. Sebelum itu, mereka perlu memilih lagu melalui sampul warna. Melalui tugasan ini, kita akan dapat lihat bagaimana peserta ini mengolah persembahan mereka untuk memikat hati juri jemputan.

Pemarkahan setiap persembahan akan dikira melalui permarkahan daripada juri jemputan sebanyak 50% dan undian pendengar sebanyak 50%.

Suria Fm - Kecoh Suria

Undian boleh dibuat melalui www.suria.my bermula pada hari Isnin sehingga Khamis. Juara mingguan akan diumumkan di dalam segmen Suria Pagi pada jam 8 pagi dan bersiaran langsung di Facebook Suria @SuriaFMMalaysia.

Pendengar bukan sahaja dapat mengikuti perkembangan program tersebut melalui radio, malah setiap persembahan peserta juga dapat ditonton menerusi platform digital di laman web Suria.

Kecoh Suria ini akan bersiaran bermula pada 28 Julai 2017 sebanyak 5 episod dan dihoskan oleh penyampai radio Suria sendiri iaitu Bob Ringgo.

Tarikh Episod/Tugasan
28 Julai 2017 Episod Pengenalan
31 Julai 2017 Episod 1 – Lagu Kecoh
7 Julai 2017 Episod 2 – Joget Kecoh
14 Julai 2017 Episod 3 – Kecoh Sebabak
21 Julai 2017 Episod 4 – Mulut Kecoh

Kumpulan manakah yang bakal diumumkan sebagai Juara Kecoh Suria dan memenangi wang tunai RM10,000? Tentukan dengan mengundi kumpulan pilihan anda di laman web www.suria.my.

Berita baik buat pendengar setia Suria dan anda di luar sana! Menangi wang tunai sebanyak RM300 setiap hari dengan hanya memberikan jawapan tepat dalam peraduan Cer Teka Siapa di Suria.

Bagaimana caranya?

1. Dengarkan klip suara di Suria FM.
2. Teka suara siapa?
3. Tunggu isyarat memanggil dalam Suria Petang (jam 4 petang – 5 petang)
4. Jadi pemanggil ke 10 dan telefon 03- 77242115. Jawapan yang tepat akan menjadi pemenang.

Senang bukan? Saksikan episod mingguan Kecoh Suria untuk mendapatkan pembayang.
Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat. Jika jawapan yang diberikan salah, wang akan digandakan pada keesokkan harinya. Peraduan Cer Teka Siapa akan bermula pada 31 Julai 2017 hingga 24 Ogos 2017 setiap hari Isnin hingga Khamis.

Jelajah Suria 10 Tahun kembali lagi!

Bertempat di MITC, Melaka pada 12 Ogos 2017, barisan penyampai Suria dan selebriti popular tanah air akan menemui peminat dan pendengar sempena Jelajah Suria 10 Tahun. Sebagai tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia di seluruh negeri atas sokongan tanpa henti terhadap Suria, jelajah ini juga akan membuka ruang kepada pendengar-pendengar setia untuk mendekati dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Suria dan selebriti jemputan.

Jelajah ini bukan sahaja menampilkan penyampai Suria seperti Shahrol Shiro, Zulin Aziz, Fizi Ali, DJ Lin, Brian, Bob Ringgo, Tyzo dan Suraya, malah malam konsert jelajah juga akan digamatkan lagi dengan kehadiran artis seperti Amy Search, Dato’ Jamal Abdillah, Hael Husain, Forteen, Indah Ruhaila, Amy Mastura, Zarul Husin, Haqiem Rusli, Wany Hasrita, Tajul, Syed Syamim & Floor 88.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh berhibur dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria melalui pelbagai aktiviti dan permainan pentas yang disediakan.

Layari www.suria.my dan Facebook Suria FM Malaysia untuk mendapatkan semua informasi terbaru di Suria .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Parodi MeleTOP I Am Me ‘Ayam Mee’ DSV Trending di YouTube Malaysia

Katy Perry Buat Persembahan & Jadi Pengacara di 2017 MTV VIDEO MUSIC AWARDS