in ,

Teaser GAME OF THRONES Musim Ke-6

Drama bersiri popular GAME OF THRONES memulakan musim keenam dengan sepuluh episod di Malaysia dengan waktu tayangan perdana yang sama dengan A.S. : Isnin 25 April pada jam 9 pagi, dengan waktu ulangan pada hari yang sama pada jam 9 malam – hanya di HBO / HBO HD (Astro Saluran 411 / 431).

Berdasarkan siri buku “A Song of Ice and Fire” oleh George R.R. Martin, siri fantasi HBO pemenang Emmy® ini menceritakan perjuangan epik untuk kuasa di suatu tempat yang luas dan kejam.

Barisan pelakon dari musim kelima termasuk pemenang Emmy® dan Golden Globe Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey, Emilia Clarke, Aidan Gillen, Kit Harington, Diana Rigg, Natalie Dormer, Maisie Williams dan Sophie Turner. Produser eksekutif, David Benioff, D.B. Weiss, Carolyn Strauss, Frank Doelger, Bernadette Caulfield; produser eksekutif bersama, Guymon Casady, Vince Gerardis, George R.R. Martin.

Conleth Hill As Varys And Peter Dinklage As Tyrion Lannister - Photo Macall B. Polayhbo

Emilia Clarke As Daenerys Targaryen - Photo Macall B. Polayhbo

Lena Headey As Cersei Lannister - Photo Helen Sloanhbo

Sophie Turner As Sansa Stark - Photo Helen Sloanhbo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanie Soraya Lancar Single Terbaru PANTAS

Video Muzik Baby Baby WINNER Trending di Youtube Malaysia