in

Gambit Saifullah & Pembantu Peribadi

Tidak dapat disangkal lagi, pembantu peribadi artis sangat penting dalam membentuk kerjaya artis. Pembantu peribadi artis biasa dapat merancang dan bijak mengambil peluang yang ada. Namun, kadang-kadang pembantu peribadi juga boleh menjadi sebaliknya. Apa-apa pun seseorang artis tu kenalah bijak memilih pembantu yang betul-betul mampu memberikan impak maksima dalam karier mereka.

Pelakon Gambit Saifullah mengakui kerjayanya sebagai pelakon dan penerbit program dengan syarikat produksinya iaitu Eightball Production Sdn Bhd semakin berkembang selepas memiliki seorang pembantu peribadi (PA) iaitu Azlina Merican.

Gambit

Wanita itu pernah menjadi PA kepada Awal Ashaari, sebelum ini.

Gambit atau nama sebenarnya Gambit Saifullah Rosli, 27, berkata, bekerjasama dengan Azlina yang turut membantu menyumbangkan idea bagi penghasilan program baru memudahkannya untuk menjual program-program yang dirancang ke stesen-stesen televisyen.

“Selain menjadi pengurus peribadi, dia (Azlina) juga merupakan sebahagian besar penyumbang idea dalam syarikat produksi saya. Alhamdulillah, kami akan menghasilkan pelbagai program menarik untuk disalurkan ke stesen televisyen,” katanya.

Sehingga kini, syarikat itu telah pun menghasilkan program Disebalik Jersey yang telah pun disiarkan di Astro Ria pada Ogos lalu serta The Hoppers & Ahli Muzik pada tahun 2008.

Tambah Gambit, dia juga bersyukur kerana Azlina tidak kisah dengan kontroversi yang pernah berlaku terhadapnya sebelum ini malah bersedia untuk melakukan sesuatu bagi membersihkan semula nama Gambit.

Sementara itu, selepas kegagalan filem Karipap-karipap Cinta (2011) yang menonjolkan bakat lakonan Gambit, kini pelakon itu bakal muncul dengan filem Hantu Bukit Cina (HBC), terbitan Award Makers Sdn Bhd yang akan ditayangkan pada awal tahun depan.

“Tidak sabar rasanya untuk melihat respons penonton terhadap filem ini. Sudah dua tahun ia tertangguh. Moga kemunculan saya kali ini dapat memuaskan hati semua. Kalau boleh, biarlah orang lupakan segala kontroversi yang pernah berlaku selepas menonton bakar saya dalam HBC,” ujarnya.

Selain Gambit, pelakon Fouziah Gous, Siti Fazurina Famir dan Kamarool Yusof turut membintangi filem tersebut.

Dalam perkembangan lain Gambit bersama 29 peserta lain antaranya Didie Alias, Zoey, Dafi, Jehan Miskin, Kaka, Elfira Loy, Hairul Azreen, Farish Aziz dan Azam Pitt akan berangkat ke Cape Town, Afrika Selatan bermula 23 Oktober sehingga 15 November depan bagi menjalani rakaman Fear Factor Selebriti Malaysia. Sumber: Mstar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Fahrin Ahmad Menyanyi Dalam Bas

BUNOHAN Best Foreign Language Film 85th Academy Awards