Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Gambar Ustaz Don Kahwin Dengan Husna

Ustaz Don Daniyal Biyajid kahwin (nikah) dengan Husna

Budiey di sini ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan Tahniah kepada Ustaz Don Daniyal Biyajid dan pasangannya, Husna Zahry Rafie yang telah selamat bernikah pada hari Khamis, 23 Ogos 2012 yang lalu.

Bertemakan putih salju dan mengekalkan konsep bersederhana (dan ini sepatutnya dicontohi dalam Islam), majlis pernikahan mereka telah dilangsungkan dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran dari media. Ustaz Don Daniyal Biyajid akan melangsungkan majlis persandingan pada 25 Ogos 2012 di Pulau Pinang, manakala pada 1 September 2012 di Kajang, Selangor.

Ini gambar dan foto menarik di Majlis Perkahwinan ustaz Don & Husna. Cantik dan sedondon. Bagai merpati dua sejoli.

Namun, pastinya apabila seorang ceramah agama yang alim berkahwin, ramai yang akan menilik dan menilai tentang adat upacara perkahwinan. Seperti yang Budiey jangka, ramai yang akan mempersoalkan tentang hukum berinai dan bersanding di Majlis Pernikahan dan juga di Majlis Resepsi. Apa pendapat anda tentang perkara dan isu ini?

Promo: Bagi yang tidak berkesempatan menonton ketiga-tiga episod Istimewa 60 Minit Ustaz Don Mai La Raya, jangan ketinggalan ulang tayang bermula hari ini, 24 hingga 26 Ogos 2012 jam 5.00 petang.

Kredit Foto Majlis Pernikahan Ustaz Don & Husna: https://www.facebook.com/ArtmospherePhotography

Selamat Pengantin Baru. Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma filkhair.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version