in ,

Gambar Tunang Liyana Jasmay

Ramai artis malaysia nak ke jinjang pelamin dah kan? Selepas Scha & Awal umum tarikh kahwin, kini tiba masa kawan rapat Scha pula, Liyana Jasmay mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang merupakan jiran terdekat beliau. Liyana Jasmay kini sah menjadi tunangan kepada ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28 tahun, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarganya, di Kemensah Height, jam 9.00 malam tadi.

Istimewanya, majlis pertunangan ini turut diadakan bersempena ulangtahun kelahiran Liyana ke-24 yang jatuh pada hari yang sama. Turut diumumkan pada majlis tersebut ialah tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2013.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Pemilihan tarikh perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua- dua belah pihak keluarga dalam sebuah majlis pertunangan yang berlangsung di kediamannya di Kemensah Height,

Selamat melalui detik-detik menjadi tunangan orang ya, dan juga selamat hari jadi Liyana Jasmay.

Terbaca beberapa tweet berupa luahan perasaan frust dari peminat: Misha Omar, Irma Hasmie, Fasha Sanda, Scha, Azza Elite, Liyana Jasmay. semua mau tunang & kawen. suma suma mau kawen. kawen la suma!

GUA-Liyana_Jasmay_Tunang_default_211660000

liyana jasmay

Foto kredit: Portal GUA

Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri selain hadiah ulang tahun kelahirannya ke 24 yang jatuh pada 28 Mac. Dengar-dengar, harga busana ini sangat mahal ya, cecah RM10,000. Wow, buat dengan fabrik apalah agaknya ya? Disaluti dengan mutiara gak ke?

“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat. Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,”

Pada majlis pertunangan itu, Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

liyana jasmay

liyana jasmay

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.

“Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor,” ujarnya.

Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha, Awal, Farish Aziz dan Tam.

liyana jasmay

kredit foto dari instagram Tiar Zainal

Pelancaran Music Video Single Terbaru Liyana Jasmay Cinta Bersatu

Video Muzik Cinta Bersatu adalah arahan Ghaz Abu Bakar yang merupakan kerjasama yang ke3 antara Liyana Jasmay dan Ghaz Abu Bakar selepas Aku Tak Percaya Cinta dan Aku Jatuh Cinta.

Ghaz Abu Bakar juga adalah pengarah bagi telemovie terbitan Mermaid Studio’s milik Liyana Jasmay sendiri iaitu Cik Paris Diva Kampung dan lagu Cinta Bersatu dibuat khusus untuk telemovie tersebut yang akan ditayangkan di Astro Prima pada awal April.

Pembikinan video muzik ini dilakukan pada hari terakhir penggambaran Cik Paris Diva Kampung di Tanjung Resang Mersing.

Liyana amat berpuashati dengan hasil kerja Ghaz dan berharap semua akan menyukai video muzik Cinta Bersatu ini.

Pada 30 Mac ini juga Liyana akan melancarkan video muzik tersebut jam 10 pagi serentak membabitkan laman sesawang stesen radio Hot FM, Suria FM, XFM dan web gossip mossip Mak Jemah di Era Fm.

Selain itu, lagu yang dijadikan tema telefilem Paris Masuk Kampung ini turut akan dilancarkan di portal hiburan popular Gua.com, Murai.com, selain blog Budiey.com, program bual bicara Malaysia Hari Ini (TV3), Astro Ria dan TV I RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan It’s Your Stage Anjuran Espnstar.my

Kompilasi Video Sekitar Majlis Pengumuman Nikah Scha & Awal