in ,

Gambar Thanuja Ananthan di Pelancaran Butik Daphne di Sunway Pyramid

Budiey baru sahaja pulang dari Pelancaran Butik Daphne di Sunway Pyramid. Tidak sempat untuk singgah di Manifesto BN di Stadium Bukit Jalil dan juga Pertandingan Akhir Lantai Licik di Angkasapuri RTM yang berlangsung pada masa yang sama. Menjelang pilihanraya, jadual semakin sibuk. Bukan sibuk dengan kempen tapi sibuk dengan events yang semakin banyak memenuhi jadual.

Semasa di Pelancaran Butik Daphne, Budiey sempat menemubual beberapa orang selebriti yang turut dijemput. Antaranya ialah, Thanuja Ananthan. Jika anda masih ingat, beliau merupakan salah seorang peserta Masterchef Selebriti Malaysia yang pertama. Minggu depan, akan diadakan pelancaran program ini untuk musim kedua. Jadi, Budiey sempatla juga minta ucapan dari Thanuja Ananthan untuk peserta Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua nanti.

Untuk info pembaca, Butik Daphne sebenarnya tiada kaitan langsung dengan selebriti bernama Daphne Iking ya. Mungkin kebetulan je la nama nak sama. Semasa menerima jemputan, Budiey ingatkan Daphne Iking dah ada butik kasut dan beg sendiri.

Daphne adalah jenama kasut yang terkenal dari Tanah Besar China dan butik ini adalah yang pertama di Malaysia. Anda boleh berkunjung ke Lot G1.90, Tingkat bawah, bersebelahan dengan butik Levi’s. Harga kasut Daphne ni berpatutan jugak la. Budiey dah rembat dua pasang untuk kasi kat isteri.

Gambar Thanuja Ananthan di Pelancaran Butik Daphne di Sunway Pyramid

Thanuja Daphne

Thanuja Daphne

Thanuja Daphne

Thanuja Daphne

Thanuja Daphne

Thanuja Daphne

Thanuja Daphne

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Pelancaran Album Zikir Zindagi Dan Ratib Al-Haddad

Kempen Beautiful Malaysia Bersama Astro Kasih di Sabah