in

Majlis Pelancaran Album Zikir Zindagi Dan Ratib Al-Haddad

[dropcap]P[/dropcap]ada 13 Mac 2013 bersamaan 1 Jamadilawal 1434 H yang lalu, UNICDOTMY PRO SDN BHD telah mengadakan satu sidang media pelancaran album sulung Ustaz Haslin Baharim (Ustaz Bollywood) dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre berjudul Zikir Zindagi dan Ratib Al-Haddad di Restoran Hadramawt Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis yang bermula pada jam 2 petang itu turut dihadiri oleh Ustaz Haslin dan Ustaz Syed Abdul Kadir sendiri selaku artis rakaman di bawah naungan UNICDOTMY PRO selain media tempatan seperti akhbar, majalah, radio dan penulis blog.

Album terbitan ini UNIC Records ini telah pun berada dipasaran dan boleh didapati di kedai – kedai buku islamik berhampiran selain boleh dibeli secara online di UNICMYSHOP.

Sebarang pertanyaan atau tempahan berkenaan kedua – dua album album ini, sila hubungi pejabat urusan UNICDOTMY PRO SDN. BHD di talian 03 – 6186 4300 atau emelkan kepada [email protected].

Zikir Zindagi & Ratib Alhaddad (99)

Zikir Zindagi & Ratib Alhaddad (183)

Zikir Zindagi & Ratib Alhaddad (234)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nissan Fashionably KL di Festival Seni MapKL 2013 Publika

Gambar Thanuja Ananthan di Pelancaran Butik Daphne di Sunway Pyramid