in

Gambar Terbaru Saida Bersama Anak

Masa sidang media Konsert Satu Suara Faizal Tahir dan Aizat dengan penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza Jumaat lalu,

Budiey ada jumpa Saida. Hadir untuk turut sama menyokong konsert anjuran syarikat pengurusannya. Sementelah, Budiey lihat, suaminya begitu gemar mengambil gambar dengan menggunakan kamera. Rupanya, suami Saida ni sangat minat bidang fotografi ni. Mmm… bagus-bagus…

Saida & Sairah Rakam Album Duo Apresiasi

Dengarnya, selepas lagu single Saida mendapat sambutan peminat, kini peminat Saida pasti gembira kerana Saida dan Sairah akan bergabung vokal dalam satu album berjudul Apresiasi.

Album terbitan Siti Nurhaliza Productions ini dah pun siap. Tunggu nak lancar dan diedarkan oleh Suria Records. Dijangka akan berada di pasaran dalam bulan Februari 2010.

Budiey teruja nak dengar lagu-lagu baru Saida. Khabarnya ada 6 buah lagu dalam album ni. Lagu dari Saida secara solo berjudul Sedalamnya Cinta dan Di Curi Malam.

Oh, masa sidang media hari tu, Saida bawa 2 orang anaknya yang makin membesar. Ini gambar terbaru mereka.

Budiey: Ada dengar jugak, selain Jaclyn Victor, Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti akan perform lagu duet di Malam FInal Mystarz LG pada hari Ahad ini. Mesti gempak!

4296269149 B2Ce97A098 O | 4

4296221813 3E55Fd2E56 O | 5

4297003066 Fe4C6D93D0 O | 6

4296246209 8985Fab1E9 O | 7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 2

Gambar Siti Nurhaliza Masa Shooting Poster Konsert Satu Suara