in ,

Gambar Terbaru Erra Fazira di Majlis Berbuka Puasa SRC

Semalam, jam 6.30 petang, Budiey ada hadirkan diri di Majlis Jom Berbuka Puasa Bersama Artis-artis SRC di Hotel MayTower. Hushhhh… ramai betul artis di bawah naungan SRC yang hadir. Nak senaraikan satu-satu memang ramai. Tapi yang Budiey nampaknya ada grup popular New Boysz serta Tomok, ada Taufik Batisah, ada Indah Ruhaila, ada juga artis SRC dari Singapura dan juga Indonesia. Mmm, ramai lagi lah~

Bikin sesak sekali ruang Songket Ballroom. Tapi Budiey percaya ramai hadirin yang memuji semua masakan dan juadah yang ada di MayTower. Sangat BEST~

Serentak itu juga diadakan Majlis Pelancaran Album Sinar Lebaran~ Macam biasalah, lagu-lagu raya pastinya akan menjadi hype sepanjang bulan perayaan ini. Kasi meriah la sikit kan~ Kalau takde lagu raya, tak syiok la, cam suram la pulak nak beraya~

Tapi yang penting sekali, majlis yang diserikan dengan kehadiran anak-anak dari Asrama Baitul Ummah ini memang meriah giler~! Apa tidaknya, selain artis berprofile tinggi seperti Erra Fazira pun ada datang. Cuma Dato’ Siti Nurhaliza yang tidak nampak batang hidung. Mungkin sibuk kot. Tapi tidak apa… Budiey cuma nak letak dulu gambar Mama HOT kita ni, siapa lagi kalau bukan Erra Fazira yang semakin langsing semenjak ditaja oleh SlimWorld. Memang ada nampak kesannya.

Turut hadir juga si suami tercinta Erra Fazira, Engku Emran… punyalah romantik diorang ni…

Penyanyi bersuara lunak, Noryn Aziz pun ada datang. Comel nampak Noryn berselendang putih berbaju kurung pink terang. Budiey sempat ambil gambar Noryn bersama Erra Fazira…~ cuba teka apa persamaan mereka berdua ni~

Kalau nak tahu, selain sibuk berlakon, Erra Fazira menyibukkan diri dengan bisnes kek cawan. Kalau tahun lepas, Erra sibuk buat bisnes hamper raya, tahun ini saje Erra buat untuk suka. Bukan serius sangat sampai nak pasarkan secara komersial.

Dengar cerita jugak, Erra Fazira tak menang tangan juga berlakon drama~ Tidak apalah, rezeki jangan ditolak. Yang penting, kesihatan pun kena jaga jugak, kan?

Okaylah, akhir sekali Budiey nak ucapkan selamat berpuasa untuk Erra sekeluarga~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Dah Ada Saluran Istimewa Sempena Merdeka

Resipi Ramadan Terbaik Di NTV7