in

Gambar Susun Atur Baju Aksesori Kasut Butik H&M Grand Opening

PEMINAT fesyen Malaysia bakal dihidangkan lebih banyak pilihan pakaian kasual menarik apabila jenama H&M membuka pintunya untuk pasaran tempatan mulai jam 11 pagi, Sabtu ini.

Untuk kejutan pengunjung di hari pembukaan iaitu hari Sabtu, orang yang pertama dalam garisan memasuki H&M akan mendapat voucer H&M RM500, yang kedua ke yang kelima akan dapat RM200 setiap seorang dan 300 yang seterusnya voucer RM50 setiap seorang.

VIDEO Grand Opening Butik H&M Lot 10

Jenama fesyen nombor satu Sweden itu akan membuka gedung mega pertamanya di Malaysia yang terletak di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur Bukit Bintang selaku penyewa utama di pusat beli-belah Lot 10. Pembukaan gedung ini selaras dengan usaha globalisasi H&M bagi melebarkan sayap ke pasaran Asia Tenggara dan tepat pada masanya selepas lebih setahun dibawa ke Singapura.

Dengan ruang runcit yang luas, si fashionista bakal ditawarkan dengan pelbagai pilihan menarik pakaian asas, kasual dan elegan selain koleksi popular hasil kolaborasi bersama pereka antarabangsa.

H&M mula bertapak di Sweden pada 1947 dan hingga kini mempunyai lebih 2,600 butik di 44 pasaran dunia. Hong Kong dan Shanghai menjadi destinasi pertama butik H&M di Asia pada 2006, disusuli Dubai dan Kuwait.

Justeru bagi meraikan acara pembukaannya di Kuala Lumpur, fashionista pertama yang beratur berpeluang menerima kad hadiah bernilai RM500, dua hingga lima pula menerima kad hadiah RM200 dan 300 selepas itu dihadiahkan kad bernilai RM50.

Budiey sempat merakam gambar dekorasi dan busana, baju dan pakaian yang ada di H&M sebelum korang semua menjejakkan kaki pada hari Sabtu ini. Di bawah ini beberapa gambar di bahagian wanita yang turut menjual aksesori, stokin dan kasut untuk wanita.

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

H&M

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Grand Opening Butik H&M Lot 10

Gambar Scha Alyahya & Awal Ashaari di Grand Opening H&M Lot 10