in ,

Gambar Siti Nurhaliza di Konsert Gambang Kuantan Pahang

Ulasan & Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Konsert Gambang Kuantan Pahang

Ulasan Ini Dipetik dari Portal Murai: Memulakan konsert dengan mendendangkan lagu Jerat Percintaan, corak nyanyian Siti untuk lagu ini sememangnya lebih mengasyikkan dengan iringan muzik baru yang diketuai pemuzik hebat, Aubrey Suwito, pada malam konsert Dato’ Siti Nurhaliza Live In Kuantan 2012 yang diadakan di Bukit Gambang Resort City, Pahang, minggu lepas.

[dropcap]P[/dropcap]enonton terus dibuai suara lunak Siti menerusi lagu Wajah Kekasih yang membuatkan ramai terpegun dan menjerit kegembiraan tatkala Siti mendendangkan lagu berkenaan.

Pentas terus dimeriahkan lagi dengan lagu berhantu Siti iaitu Cindai yang turut menaikkan namanya di Indonesia. Walaupun Siti sering mendendangkan lagu Cindai di persembahan besar, pada malam itu, Siti menampilkan kelainan dengan mendendangkan lagu tersebut secara acapella.

Ternyata percubaan Siti menjadi walaupun lagu ini lebih sedap dan meriah dengan versi tradisional. Apa sekalipun, nyanyian Cindai versi baru ini turut mendapat iringan tepukan dari peminat dari mula Siti menyanyi sehinggalah ke kemuncak lagu.

Selepas berceloteh seketika, Siti meneruskan persembahan dengan menyanyi lagu Destinasi Cinta dengan susunan muzik yang diubah kepada muzik jazz. Ketika menyanyikan lagu ini, terdapat sedikit gangguan vokal kerana suara Siti sudah mula menunjukkan serak.

Walaupun sudah serak suaranya, namun Siti tetap gah menyanyi sebuah lagu English berjudul Stand Up. Setelah tamat lagu ini, Siti memberi laluan kepada bakat unik dari jejaka berbangsa Cina, Koe Jee yang mendendangkan lagu Gangnam Style secara beat box.

Peminat Siti terhibur dengan persembahan daripada Koe Jee apatah lagi saar Koe Jee mengajar Siti cara untuk membuat muzik menerusi beat box. Sungguhpun ia kelihatan lucu, namun isteri kepada Datuk K ini berjaya menghasilkan satu muzik dengan teknik beat box.

Gandingan Siti bersama Koe Jee terus meriah apabila Siti menyanyikan lagu Ku Milikmu dengan iringan muzik beat box Koe Jee. Kerancakan persembahan Ku Milikmu disambung pula dengan lagu Fallin Love.

Tidak melupakan artis senior setiap kali dalam persembahannya, Siti telah memberi penghormatan kepada kumpulan Alleycats dengan mendendangkan lagu seperti Sampaikanlah Salam dan Hingga Akhir Nanti.

Konsert Siti tambah istimewa apabila peminat yang hadir dapat mendengar sebuah lagu baru yang masih lagi belum di siarkan di radio, televisyen dan laman sosial. Lagu baru berjudul Galau merupakan sebuah lagu yang dicipta komposer dari Indonesia.

[pullquote align=”right”]Konsert Siti tambah istimewa apabila peminat yang hadir dapat mendengar sebuah lagu baru yang masih lagi belum di siarkan di radio, televisyen dan laman sosial. [/pullquote]

Ramai terpegun dan meluahkan rasa seronok kerana lagu berkenaan menusuk kalbu walaupun ia baru pertama kali diperdengarkannya. Pentas diwarnakan lagi dengan Siti menjemput tiga peminat bertuah yang dipilih menerusi pertandingan kelolaan X-Pac.

Tiga peminat ini bukan saja menerima hadiah daripada Siti, malah mereka sempat beramah mesra bersama Siti dihadapan penonton lain. Dari sini, jelas membuktikan bahawa Siti bukan saja seorang penyanyi sebaliknya dia juga seorang penghibur yang pandai berjenaka secara spontan.

Peminat pada malam itu terus ghairah setelah Siti menyanyikan lagu Seindah Biasa yang diakuinya sebagai lagu yang menggambarkan dirinya bersama peminat setia. Selepas lagu ini, Siti menyanyikan pula lagu Ketipak Ketipung yang mana lagu ini membuat ramai peminat mahu menari bersama.

Malah, sebelum menyanyikan lagu tersebut, Siti sempat mengajak seluruh peminatnya menyanyikan lagu berkenaan. Lagu Dialah Dihati menyusul selepas Ketipak ketipung dan disambung pula dengan lagu Nirmala yang diubahsuai muziknya ke rentak Latin.

Perubahan lagu Nirmala mengingatkan persembahan Siti menerusi lagu Ku Mahu. Mungkin, idea ini dicetuskan selepas kejayaan Siti membawakan lagu Ku Mahu yang popular menjadi lagu tema drama Spa-Q.

Siti terus cuba menampilkan kelainan dengan mendendangkan lagu Biarlah Rahsia dalam versi rock. Sungguhpun versi original lebih sedap, percubaan Siti menjadi. Eksperimen Sit i menggabungkan muzik K-pop dalam lagu Bukan Cinta Biasa meluahkan rasa gembira dari penonton apatah lagi lagu ini diselitkan dengan lagu popular dari Wonder Girls, No Body.

Kemuncak konsert pada malam itu diberikan Siti dengan mendendangkan lagu Muara Hati . Walaupun lagu ini sepatutnya dinyanyikan secara duet dengan Hafiz, Siti berjaya menyampaikan lagu ini secara solo dengan penuh penghayatan.

Malah, ada suara mengatakan, Muara Hati nyanyian solo Siti lagi Umph dan mungkinkah lagu ini pada asalnya diciptakan khusus buat Siti? Walaupun tidak menyedari sudah dua jam menghiburkan peminatnya, Siti berjanji akan mengadakan konsert lagi berikutan sambutan luar biasa pada malam itu.

Siti melabuhkan tirai konsert dengan menyanyikan lagu Pepalih Weh iaitu lagu baru yang pertama kali dinyanyikannya ketika Sukma 2012 yang diadakan di Pahang.

Secara keseluruhan, konsert pada malam itu memang menghiburkan dengan iringan muzik gempak dari Aubrey Suwito. Namun, penulis merasakan konsert pada malam itu lebih meriah seandainya ia diadakan di stadium. Konsep santai untuk konsert ini lebih menyerupai konsert persembahan makan malam walalupun pada hakikatnya, kelengkapan bunyi yang dihasilkan itu sesuai untuk persembahan di stadium.

Siti Nurhaliza Gambang
Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Gambang

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Siti Nurhaliza Live In Kuantan

Photo Kredit: Mierul Photography

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

National Geographic Channel America’s Lost Treasures

TV9 Siarkan Program Menarik Sempena Maal Hijrah