in

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Majlis Hari Jadi ke 29

Pada 10 Januari 2008, Datuk Khalid telah menganjurkan satu majlis hari jadi isteri tercinta, Datuk Seri Hajjah Siti Nurhaliza yang ke-29 di perkarangan swimming pool, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur Sentral. Kira-kira lebih 300 orang yang datang memeriahkan suasana termasuklah famili dan rakan terdekat. Majlis dihos oleh Aznil Hj Nawawi itu diserikan dengan persembahan Faradhiya, Aznil, Rossa, Sean Ghazi, adik Siti, Siti Saerah, Syed Sobri dan Azie. Kembar Siti Nurhaliza dari Indonesia pun ada… siapa lagi kalau bukan Rossa. Penyanyi dan juri OIAM, Shafinaz yang menyambut hari jadi pada hari itu juga turut dijemput meraikan hari jadi sehari awal bersama Siti.

Siti Nurhaliza tampil dengan imej terbarunya yang kelihatan manis bertudung dan blaus kelabu dan seluar kembang hitam dan bertudung kontemporari ringkas rekaan Radzuan Radzwill yang diilhamkan oleh Siti sendiri.

Ramai yang memberi galakan dan respon positif dengan gaya imej terbaru Siti yang dah bertudung. Eloklah tu, kan Siti nak jadi isteri yang solehah. Segalanya demi cinta dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk suami tercinta.

Antara tetamu yang hadir adalah ibu bapa Siti, Siti Salmah Bachik dan Tarudin Ismail, ibu Datuk K, Zainab Hanapi, kakak ipar Siti, Rozie, kakak Datuk K, Zaiton Mohd. Jiwa, dua orang anak Datuk K, Mohd. Adib, 18 dan Mohd. Aziem, 10 serta keluarga Siti dan Datuk K termasuk rakan artis.

Mereka adalah bekas pengacara TV3 Datin Norjuma Habib dan suami, pelakon Sharifah Haslinda, Sharifah Shahira dan Ijoy, Sharifah Amani, Que Haidar, juara pencarian bintang Pantene; Fida, penyampai Hot FM; Sharifah Aleya, Shafinaz Selamat, Sean Ghazi, penyanyi Indonesia Rossa dan 30 orang pelakon drama rantaian Spa Q iaitu Zed Zaidi, Betty Banafe, Faradhiya serta ramai lagi.

Sensasi Selebriti mengucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-29 untuk Siti Nurhaliza. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan anak yang comel, dipayungi kesejahteraan yang berpanjangan dan semoga sukses-sukses selalu.

[Sumber artikel dan gambar]

[tags]siti nurhaliza, gambar hari jadi siti nurhaliza, gambar siti nurhaliza bertudung, foto tudung siti nurhaliza, lagu terbaru siti nurhaliza, album terbaru siti nurhaliza, gambar datuk k, sookaa, kl sentral, subway restoran, sharlini, gambar budak hilang, gambar sharlinie, shafinaz selamat, hos af6, Aznil Hj Nawawi, Faradhiya, Aznil, Rossa, Sean Ghazi, adik Siti, Siti Saerah, Syed Sobri, Azie[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

OIAM: Siapa Tersingkir Selepas Tiara?

Ning Baizura Profile & Album Baru