in

OIAM: Siapa Tersingkir Selepas Tiara?

Jangan lupa untuk menonton penyingkiran minggu ketiga malam ini, 11 Januari 2008, jam 9.30 malam eksklusif di 8TV atau secara alternatif di saluran 708 di Astro. Siapa pula yang terkeluar agaknya ya?

Minggu lalu, rasanya satu malam yang amat mengejutkan bagi para peminat Tunku Tiara Yasmin Sofia atau dikenali sebagai Tiara apabila beliau diundi keluar dari pertandingan One In A Million.

Nasib ternyata tidak menyebelahinya berbanding Sarah yang juga turut tersenarai di antara tiga kedudukan tercorot berdasarkan dari persembahan Top 10 pada minggu sebelumnya. Tiara tidak berjaya dari terus menawan hati para penonton untuk bertahan dalam pertandingan ini.

Walau bagaimanapun, Tiara nampak begitu tenang dan ceria apabila diberi peluang untuk mendendangkan persembahan terakhirnya melalui lagu yang pernah dipopularkan oleh Ruth Sahanaya yang berjudul Andaikan Kau Datang.

“Saya merasakan menjadi salah seorang finalis dalam Top 12 merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan buat Tiara kerana ini adalah pertandingan nyanyian yang julung-julung kali disertainya,” komen Syafinaz.

Menurut Paul Moss pula, “Saya bersetuju dengan pendapat Syafinaz. Saya merasakan Tiara telah melakukan yang terbaik untuk terus kekal berada dalam pertandingan ini. Tiara mempunyai kualiti mutu suara yang baik dan pakej lengkap  untuk menjadi seorang penyanyi serta penghibur yang baik. Walau bagaimanapun, Tiara perlu lebih gigih dalam melatih dirinya jika beliau ingin menjadi penyanyi yang lebih baik,” tambah Paul Moss lagi.

Apabila Tiara disoal tentang penyingkirannya, “Saya akur dengan keputusan ini kerana sudah menjangkakannya dari awal lagi. Di antara saya dan Sarah, saya rasa Sarah lebih berhak untuk terus kekal berada dalam pertandingan ini berbanding saya sendiri”. Walaupun begitu, saya tidak ambil hati kerana saya telah mendapat banyak pengalaman dalam pertandingan ini yang juga mengajar saya untuk melatih diri dengan lebih gigih lagi untuk menjadi seorang penyanyi yang lebih baik.”

Ternyata penyingkiran yang mengejutkan ini tidak mematahkan semangat  para finalis lain untuk memberikan persembahan mereka yang terbaik. Tema “Malam Rock” pada malam tersebut nyata berjaya menambat hati para penonton dan juri yang menyaksikan persembahan bertenaga dari Sarah, Ayu, AB, Joni dan Shila.

Di sebalik itu, pilihan lagu dan persembahan dari Intan, Shone, Iz dan Mark gagal menawan hati juri.

Pada Jumaat ini, rancangan One In A Million yang disiarkan secara langsung pasti akan menjadi lebih meriah apabila penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Che’Nelle hadir untuk memberi sokongan melalui lagu beliau yang popular iaitu ‘I Fell In Love With The DJ’.

Suasana suram pasti akan dirasai dalam episod One In A Million pada Jumaat ini apabila seorang lagi finalis akan disingkirkan pada awal rancangan ini.

Hanya lapan orang finalis akan meneruskan perjuangan mereka dalam membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000,000.

Sila layari  http://oneinamillion.bluehyppo.com  untuk maklumat lanjut.

[tags]oiam, juara oiam, gambar proton saga blm baru, proton saga blm, tammy nyp, camilla al fayed, aidil zafuan, awek rumah tumpangan, singapura sex, maddox photo, Che’Nelle, fat britney spears[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Christina Aguilera: Guess Who’s Having A Baby Today!

Gambar Siti Nurhaliza Bertudung di Majlis Hari Jadi ke 29