in ,

Gambar Shah Rukh Khan Tiba Di KLIA Masih Guna Tongkat

Raja romantik Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 7.40 pagi tadi. Pelakon terkenal itu tiba dari Mumbai dengan penerbangan pesawat MH195.

[pullquote]Apa yang menarik, selepas lebih 1 jam menanti, SRK mula kelihatan berjalan keluar dari bilik VIP pada jam 9 pagi dengan memakai tongkat. Ini mungkin disebabkan atas kecederaan yang dialami beliau apabila dihempap pintu semasa menjalankan penggambaran filem Happy New Year baru-baru ini.[/pullquote]

Walaupun kelihatan letih, SRK tetap berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar dan memberikan tandatangan buat para peminatnya. Sejurus selepas itu beliau terus menuju masuk ke dalam sebuah kereta Mercedes dan berlalu pergi ke hotel. Beliau difahamkan tiba bersama dua heroin terkenal Bollywood Madhuri Dixit, Rani Mukherji juga YoYo dan Arijit Singh.

SRK dan teman-temannya hadir ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert ‘Temptation Reloaded Live in Malaysia Featuring Datuk Shah Rukh Khan & Stars’ yang akan berlangsung esok, bertempat di Stadium Merdeka. Konsert tersebut dianjurkan oleh 2Spicy Entertainment dan Hitman Solution Sdn Bhd.

Sumber: Malaysian Digest

Gambar Shah Rukh Khan Tiba Di Klia Masih Guna Tongkat

Gambar Shah Rukh Khan Tiba Di Klia Masih Guna Tongkat

Shah Rukh Khan Tiba Di Klia

 

Shah Rukh Khan Tiba Di Klia

Shah Rukh Khan Tiba Di Klia

Shah Rukh Khan Tiba Di Klia

Shah Rukh Khan Tiba Di Klia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spider-Man The Super Hero Ambassador for Earth Hour

Gambar Shah Rukh Khan Ditemubual MAS di KLIA