in

Gambar Selebriti di Malam Gala Skyfall Anjuran NTV7

Malam Gala Tayangan Skyfall dihadiri hampir 1,000 orang tetamu

Sempena menanti filem aksi hebat James Bond terbaru berjudul “Skyfall”, ntv7 menawarkan tawaran istimewa kepada orang ramai untuk menonton filem itu sebelum ia memulakan tayangan perdananya di Malaysia. Saluran Ceria Anda hari ini mengadakan “SKYFALL GALA SCREENING” bertempat di Cathay Cineplex, e@Curve secara eksklusif buat tetamu jemputan istimewa.

Orang ramai yang hadir membanjiri pra-tayangan itu termasuklah pemenang peraduan yang dikelolakan ntv7, orang ramai yang hadir membuat penebusan tiket, media, pelanggan dan rakan perniagaan stesen itu.

Antara selebriti yang memeriahkan lagi acara karpet merah malam itu adalah Nazrudin Rahman, Daphne Iking, Faradhiya, Julia Ziegler, Lisa Wong, Frederick Lee, Mayjune Tan, Adrian Jalaludin dan Satira Diana.

Saluran tidak berbayar yang sentiasa menjadi pilihan penonton itu telah menyiarkan pelbagai filem James Bond sepanjang bulan Oktober bagi meraikan ulangtahun ke-50 James Bond. Maraton filem yang disiarkan selama lima minggu berturut-turut itu telah bermula sejak 7 Oktober hingga 4 November bagi menghitung hari kemunculan filem Skyfall di pawagam pada 1 November ini.

Maraton filem itu akan berakhir 4 November nanti dengan penyiaran sebuah lagi filem James Bond lakonan Daniel Craig berjudul Casino Royale. Casino Royale merupakan filem ke-21siri agen 007 itu dan merupakan yang pertama dibintangi Daniel Craig sebagai hero baru bagi filem itu bagi menggantikan Pierce Brosnan. Misi kali ini adalah untuk menghentikan Le Chiffre daripada memenangi pertaruhan besar di Casino Royale, Montenegro. Filem keluaran 2006 ini juga merupakan mendapat kutipan tertinggi berbanding siri filem itu sebelum ini.

Filem James Bond yang telah menghiasi slot “Sunday Movies” setiap hari Ahad, jam 11 malam di ntv7 sebelum ini adalah Golden Eye, Tomorrow Never Dies, The World Is Not Enough, dan Die Another Day.

Maklumat lanjut mengenai filem James Bond yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Oktober boleh didapati di www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 di Facebook dan Twitter.

L-R Daphne Iking, Lisa Wong (ntv7 The Breakfast Show host), Adrian Jalaludin (TV Host), Nazrudin Rahman

L-R Daphne Iking, Lisa Wong (ntv7 The Breakfast Show host), Adrian Jalaludin (TV Host), Nazrudin Rahman

L-R Actress & Host, Mayjune Tan, Actor, Frederick Lee, Host, Mei Sim

L-R Actress & Host, Mayjune Tan, Actor, Frederick Lee, Host, Mei Sim

Airin Zainul, Group GM ntv7 & 8TV

Airin Zainul, Group GM ntv7 & 8TV

Actress, Faradhiya & ntv7 The Breakfast Show Host, Satira Diana

Actress, Faradhiya & ntv7 The Breakfast Show Host, Satira Diana

L-R Daphne Iking (emcee), Julia Ziegler, Nazrudin Rahman (emcee)

L-R Daphne Iking (emcee), Julia Ziegler, Nazrudin Rahman (emcee)

Actor, Zizan Nin & ntv7 newsreader, Hani Harun

Actor, Zizan Nin & ntv7 newsreader, Hani Harun

ntv7 newsreader, Jasmine Abu Bakar & filmmaker, Zan Azlee

ntv7 newsreader, Jasmine Abu Bakar & filmmaker, Zan Azlee

Performance by Floor Fever

Performance by Floor Fever

Julia Zieglar-001

Julia Zieglar

Faradhiya

Faradhiya

Lisa Wong

Lisa Wong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzik Video Angel Dust Lynnzay Affandy

Penyanyi Rock Awie Jadi Hos Program Tunggu Sekejap