in

Gambar Selebriti di Jelajah Anugerah Skrin 2012

Pada hari Ahad lalu, 21 Oktober, jam 3 petang telah berlangsung Jelajah Anugerah Skrin Ke-2 di Centre Atrium, Ground Floor, e@Curve, Mutiara Damansara.

Ini adalah lokasi kedua Jelajah Anugerah Skrin 2012 yang dimeriahkan bersama artis-artis popular seperti Awal Ashaari, Neelofa, Adi Putra, Nabila Huda, Almy Nadia, Diana Danielle, Diana Amir, Izreen Azminda, Nad Zainal, Johan As’ari, Elfira Loy, Fida Ibrahim, Talha Harith, Amran Ismail, Nur Fathia, Tomok, Aiman Hakim Ridza dan ramai lagi.

Acara tersebut juga akan dimeriahkan dengan persembahan nyanyian hebat daripada Tomok dan Anas Ridzuan (Mentor 6) serta pengumuman juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Ke-2. Tahniah buat Adel yang telah dipilih sebagai juara Pencarian Hos Pantene tahun ini!

Awal Ashaari dan Neelofa selaku hos Anugerah Skrin 2012 juga turut hadir untuk mengendalikan roadtour ini.

Selain dapat hadiah menarik, peminat yang datang juga berpeluang memenangi tiket Anugerah Skrin 2012. Jelajah ASK2012 ini dilihat berjaya memeriahkan lagi acara gemilang anjuran TV3 ini.

Malam anugerah yang memberi pengiktirafan kepada para karyawan seni tanah air bakal bersiaran secara langsung menerusi TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 9 November 2012 (Jumaat) jam 9.00malam.

Budiey: Dengarnya ada seorang selebriti yang tidak puas hati dan sentap dengan seorang hos wanita di event ni? Jeng jeng jeng, jom gossip. Ha, itu baru je permulaan tu, kalau di malam anugerah tak tahulah apa lagi gossip yang akan timbul.

Kredit Foto: Fhai

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Almy Nadia

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Anugerah Skrin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrate Aidiladha with National Geographic Channel

Jimmy Shanley Dilamar Selepas Seminggu Bercerai?