in ,

Gambar Sekitar Tayangan Perdana Filem Tanda Putera

[dropcap]J[/dropcap]am 8 malam tadi (20 Ogos 2013) telah berlangsungnya Majlis Tayangan Perdana FIlem Tanda Putera di GSC Signature, The Garden, Mid Valley dengan dihadiri oleh semua pelakon filem Tanda Putera yang terlibat bersama tetamu jemputan khas. Sesuai dengan kita masih lagi berada di bulan Syawal, maka ramai selebriti dan tetamu yang hadir datang dengan tema Raya Bergaya. Acara turut disempurnakan lagi dengan bacaan doa dan ucapan dari pengarah filem Tanda Putera iaitu Datin Paduka Shuhaimi Baba.

[pullquote align=”right”]Filem TANDA PUTERA akan ditayangkan di 60 pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos 2013. Jangan lupa tonton ya![/pullquote]

Budiey sudah pun menonton filem yang tertangguh selama setahun ini pada tahun lepas dan kali kedua menonton semalam, Budiey masih lagi merasai mesej dan cerita yang Budiey anggap sangat sayu hati bila menontonnya. Lebih dari itu, apabila filem ini yang telah menimbulkan kontroversi tahun lalu membuatkan ramai pelakon dan juga pengarah sendiri sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Namun, apa-apa pun mereka bersyukur sebab akhirnya filem ini berjaya juga untuk bernafas di pawagam mulai 28 Ogos ini.

Akhirnya TANDA PUTERA akan ke layar lebar di 60 pawagam di seluruh negara mulai 29 Ogos 2013 setelah melalui 2 sambutan Hari Raya Aidilfitri, 2 pilihan raya, satu umum dan satu kecil, serta terus bertahan melawan ramalan kalendar purba kaum Mayan yang meramalkan tarikh 21.12.2012 sebagai tarikh akhir zaman! Dalam masa setahun filem ini menunggu giliran di pawagam, industri filem Malaysia telah mengalu-alukan pelantikan Ketua Pengarah baru di Finas, Kementerian yang baru dan juga seorang Menteri baru. Tim Produksi Pesona Pictures Sdn Bhd yang telah menerbitkan filem ini bersama FINAS, sangat berterima kasih kepada ramai yang telah memberi sokongan dan galakan, tidak lupa juga kepada Menteri Komunikasi dan Multi Media, YB Dato Shabery Cheek yang telah meluluskan tayangan umum TANDA PUTERA. Mereka sangat teruja orang ramai akhirnya akan dapat menyaksikan filem ini. – Aida Fitri Buyong – Penerbit Eksekutif Pesona Pictures

Selain itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba menyeru dan mengharapkan sokongan dari semua syarikat korporat agar menaja tiket menonton filem ini untuk peminat yang ada di luar bandar.

Pelakon handalan Rusdi Ramli dan Zizan Nin telah berjaya memajukan setapak lagi kerjaya kreatif mereka. Bila mereka tidak berada di hadapan kamera, mereka berada di belakang kamera. Rusdi yang membawa watak Tun Abdul Razak, kini juga bergelar Pengarah drama TV, dan Zizan Nin yang membawa watak Tun Dr Ismail, kini mula berjinak dengan penerbitan TV. Linda Hashim yang membawa peranan Toh Puan Norashikin (Neno) dalam TANDA PUTERA telah mendirikan rumah tangga dengan seorang pelakon juga baru-baru ini  manakala Faezah Elai yang membawa peranan Toh Puan Rahah bukan hanya telah mendirikan rumah tangga, malah telah pun dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel. 

Jom kita tengok antara selebriti yang sempat dirakam oleh lensa Budiey.

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Tayangan Perdana Tanda Putera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebab-Sebab Ahmad Idham Cabar Kak Pora

MOJO Rakam Lagu Tema Filem VIKINGDOM