in ,

Gambar Sekitar Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat

PERTANDINGAN BOWLING DYNAS BERSAMA KELAB PEMINAT

Dynas Fans Club ( DFC) telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan setakat ini seramai lebih 100 orang telah mendaftar di bawah DFC .

Tujuan penubuhan ini adalah untuk menyokong kerjaya Dynas Mokhtar sebagai pelakon, model, jurucakap produk mahu pun usahawan, serta menganjurkan pelbagai aktiviti amal untuk masyarakat setempat.

Antara aktiviti amal yang telah DFC anjurkan ialah ‘Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim’ dan ‘ Hari Sukan Di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni ‘, Sungai Buloh , dimana aktiviti ini di lakukan setiap tahun semenjak penubuhan DFC . Selain itu , kami juga sentiasa merancang untuk mempelbagaikan aktiviti buat ahli DFC pada masa akan datang , seperti pertandingan futsal, bowling, bengkel kecantikan, dan bercuti bersama Dynas Mokhtar. Setakat ini kami sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli – ahli kelab peminat Dynas yang setia menyokong aktiviti anjuran DFC .

Sempena tahun ke empat penubuhan kelab peminat Dynas kami berbesar hati menjemput rakan media untuk menyertai sesi beramah mesra bersama Dynas melalui pertandingan bowling , anjuran Dynas Fans Club , pada hari Ahad, 14 Oktober 2012 jam 4 petang bertempat di Pin Junction , E@Curve .

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara ahli kelab , Dynas dan media. Kami mengalu-alukan penyertaan dari rakan media untuk menyertai pertandingan bowling yang merupakan anjuran kali kedua dari DFC. Setakat ini , seramai 16 pasukan akan menyertai pertandingan ini yang turut di sertai dari rakan media dan Dynas sendiri.

Dynas juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan media & ahli-ahli kelab peminat yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan kepada beliau. “Dengan adanya kelab DFC ini ia membuatkan saya amat dekat dan terasa dihargai dan lebih mesra dengan mereka “, ujar Dynas. “Saya juga berharap rakan-rakan diluar sana yg mahu menyertai kelab DFC buleh menghantar email kepada [email protected].

Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat

Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat

Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat

Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat

Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yazer Hos Program Baru Reka Cipta Y-Genius

Single Terbaru Once HILANG NALURI