in

Yazer Hos Program Baru Reka Cipta Y-Genius

Yazer Hos Program Baru Reka Cipta : ‘Y-Genius’ di TVi

Bermula dengan idea biasa berkembang menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian kita. Bayangkan jika dunia tidak ada budaya reka cipta? Apa terjadi jika Thomas Edison tidak terfikir menghasilkan mentol?

Bagaimana pula jika Henry Ford tidak menggunakan otaknya untuk mencipta kereta? Semua alat-alat penting yang ada dalam kehidupan kita hari ini terhasil daripada kreativiti dan budaya reka cipta yang terdapat di kalangan nama-nama besar yang ciptaan mereka telah berjaya merubah dunia.

Cuba berkongsi idea ‘segar’ dan kreatif pereka cipta inovasi yang terdiri daripada penuntut sekolah menengah, maktab dan pusat pengajian tinggi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) muncul menerusi program terbaharu bertajuk Y-Genius mulai 13 Oktober lalu, setiap Sabtu, jam 11.30 pagi menerusi saluran TVi.

Dihoskan oleh Yazer, rancangan majalah ini menampilkan individu atau kumpulan yang berjaya mereka cipta pelbagai alat yang berinovasi serta berguna dalam kehidupan seharian kita. Antara ciptaan kreatif yang cuba dikongsi dalam program ini termasuklah perangkap sampah dalam longkang, alat untuk membuat garisan hitam di padang, t-shirt khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU), alatan untuk memusnahkan serangga seperti anai-anai, lipas dan semut, robot ini adalah untuk mengangkat dan mengalihkan sesuatu barang dan alat kawalan jauh yang boleh mengawal sesuatu melalui warna yang telah ditetapkan.

Menariknya, peralatan kreatif yang dicipta golongan remaja ini menggunakan barang terpakai atau barang asli yang mudah didapati. Contohnya ciptaan Greedy Drain Project, perangkap sampah dalam longkang yang dibuat menggunakan bahan-bahan terpakai. Penonton turut diajak berkongsi momen Yazer membawa pereka muda ini mencuba alat rekaan mereka bersama orang ramai di lokasi terbuka yang dipilih.

Antara lokasi yang dikunjungi Yazer dalam program ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Limbanak, Sabah, Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk, Sekolah Menengah Maktab Sabah dan Universiti Malaysia Sabah sebelum diteruskan ke beberapa lagi lokasi menjejak reka cipta inovasi menarik.

Ingin mengetahui idea-idea menarik dalam penghasilan reka cipta inovasi yang baru oleh kelompok remaja berbakat, saksikan program Y-Genius hanya menerusi Saluran TVi.

Yazer di Showcase Spider

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Tai Chi Hero Arahan Stephen Fung

Gambar Sekitar Pertandingan Bowling Dynas Bersama Peminat