in

Gambar Sekitar Pengambaran Muzik Video Kita Satu dari Hafiz

Budiey baru sahaja menerima beberapa keping gambar Hafiz penyanyi lagu terbaik Awan Nano semasa menjalani pengambaran klip video terbaru Hafiz AF berjudul Kita Satu. Lagu ini dicipta oleh Ajai dan lirik pula ditulis Transformer Melayu.

Lagu ini adalah terbitan Wake The Baby Sdn Bhd yang telah berkolaborasi dengan pihak Astro untuk projek terbaru Muzium Pahang / Muzium Sultan Abu Bakar bersempena dengan pelancaran Muzium Sultan Abu Bakar dan juga sambutan Hari Muzium Sedunia peringkat kebangsaan yang tahun ini akan disambut di Pekan Pahang.

Konsep lagu Kita Satu adalah pop dan lagu ini adalah sebuah lagu rancak yang penuh membakar semangat. Menceritakan dan menyeru supaya kita rakyat M’sia harus berdiri teguh berganding tangan di tambah dengan vokal Hafiz yang begitu mantap, akan pasti menaikkan semangat sesiapa saja yang mendengarnya.

Lagu ini juga akan dimuatkan dalam album khas Muzium Pahang yang akan dilancarkan di Kuala Lumpur Jun yang akan datang ini. Selain dari Hafiz, artis lain yang bakal terlibat adalah seperti Ajai, Ella dan Kris Dayanti.

Majlis gilang-gemilang sambutan Hari Muzium Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun ini akan disambut dengan meriahnya sekitar Jun 2012.

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

Hafiz Kita Satu

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Wajah Baru Wanita Inspirasiku TV3

Nidji Bakal Dilantik Sebagai Duta Jenama Mister Potato