in

Gambar Sekitar Pelancaran Kaki Bola TV9

Pada jam 11 pagi tadi, Budiey sempat hadir di Pelancaran Kaki Bola TV9 yang diadakan di Sports Planet, Kota Damansara. Untuk info pembaca, Kaki Bola adalah satu program baru yang Budiey rasa akan mendapat sambutan hangat di hati penonton. Kali ini, untuk musim pertama, belum apa-apa lagi, Budiey difahamkan Kaki Bola telah pun mendapat respon yang positif dari penggemar bola sepak yang menjadi sukan kegemaran seluruh rakyat Malaysia.

Pelancaran Kaki Bola TV9

Kaki Bola adalah program bual bicara sukan bola sepak yang akan disiarkan pada 9 Januari 2012, setiap Isnin, 9.30 malam. Dihoskan oleh penyampai radio popular iaitu Kieran dan Seelan Paul.

Pelancaran Kaki Bola TV9

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, “Tahun 2012 menjanjikan hanya program yang terbaik dari TV9 di mana akan diperkenalkan program baru dan program yang sebelum ini mendapat sambutan akan diperbaharui. Elemen-elemen baru yang sesuai dengan masa kini akan di perbaiki dari masa ke semasa. Sambutan dan penerimaan penonton pada tahun lalu memberikan kami dorongan untuk tampil dengan pendekatan yang lebih berani.”

TV9 begitu yakin dengan program Kaki Bola yang akan menyambung kejayaan yang dikecapi pada tahun lepas. Lebih-lebih lagi dengan kolaborasi eksklusif bersama TM dan Hot FM yang sememangnya terkenal dengan sokongan terhadap persada sukan tanah air.

Pengacara yang begitu teruja dan juga terdiri di kalangan yang begitu minat dengan sukan bola sepak dan tak dapat dinafikan mereka dipilih bertepatan dengan konsep program yang akan memberikan pendapat bernas dan positif tentang perkembangan sukan bola sepak masa kini. Kedua-dua hos menampakkan satu imej dengan idea yang segar untuk menjadikan Kaki Bola mendapat rating yang tinggi dalam program sukan TV di Malaysia. Bahkan, kedua hos ini memang terkenal dengan semangat untuk melihat pasukan bola sepak Malaysia terus maju dan mereka sudah tentu menjadi penonton perlawanan yang setia. Budiey lihat kedua hos ini begitu aktif di dunia twitter dan Facebook di mana mereka selalu mengemaskini tentang perlawanan terkini, tak kiralah dari perlawanan luar atau dalam negeri.

Yang penting, Kaki Bola disiarkan secara langsung pada waktu perdana. Dan terbaru, untuk yang tak dapat tengok TV, jangan risau sebab Kaki Bola dapat didengari juga di radio Hot FM selama satu jam dari 6 petang hingga 7 petang pada hari Isnin.

Program ini sangat santai dan interaktif serta mampu membuat para penonton tidak berganjak dari depan kaca TV. Konsep ‘Dari Peminat Untuk Peminat’ yang dibuat juga memang selaras dengan tuntutan perkembangan bola sepak yang makin mendapat penerimaan dari ramai pihak. Di mana semua pihak yang terlibat dalam program ini adalah terdiri daripada peminat bola sepak.

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Pelancaran Kaki Bola TV9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Dhia Episod Akhir Cecah 3 Juta Penonton

Yuna & Diandra Arjunaidi Lancar Album di DBKL