in

Gambar Sekitar Pelancaran Drama Dendam Sarakit

Pengarah Dendam Sarakit iaitu Fairuz Loy menolak dakwaan kononnya konsep drama itu mempunyai persamaan dengan filem seram Thailand berjudul Nang Nak (1999).

Fairuz berkata, dakwaan berkenaan timbul berdasarkan tafsiran dan pandangan peribadi pihak tertentu dan ia bukan gambaran sebenar tema dan plot drama sebanyak 13 episod tersebut.

“Kalau ada yang anggap drama ini mempunyai persamaan dengan Nang Nak, ia mungkin berlaku secara kebetulan. Sukar untuk saya menjelaskan secara terperinci kerana karya ini ditulis oleh orang lain, di mana saya hanya bertindak sebagai pengarah sahaja.

“Namun, apa yang saya tekankan dalam drama ini adalah mengenai aspek roh, “qarin” dan isu agama. Plot drama ini sebenarnya berasaskan hubungan cinta antara suami isteri dan bekas kekasih.

“Kalau dinilai secara kasar pun, kita boleh melihat perbezaan pada konsep dan tema di antara drama ini dan filem yang dimaksudkan itu.”

Drama yang dibintangi antaranya Fouziah Gous, Zain Hamid (Ruffedge), Sharifah Sakinah, Noniswara, Adam Shah dan Saiful Nizen itu menjalani penggambaran di Betong, Thailand dan Kuala Lumpur selama 32 hari.

Ia akan ditayangkan bermula 27 September ini pada setiap Khamis, pukul 10 malam dalam slot Seram di TV3.

Mengenai lokasi penggambaran di Betong, Fairuz berkata, pemilihan lokasi itu dibuat kerana mahu memberikan kelainan pada visual drama tersebut.

“Kami mahu memberikan visual latar belakang yang berbeza pada drama ini. Selama ini, kebanyakan drama atau filem yang berlatarkan suasana kampung atau pedalaman, pasti visualnya lebih kurang sama.

“Memandangkan kami mempunyai jaringan hubungan di sana, mengapa tidak drama ini dirakamkan di Betong. Malah, visual perkampungan Thailand itu lebih realistik dan relevan dengan tema drama ini,” katanya.

Dendam Sarakit berkisar mengenai pasangan suami isteri iaitu Sarakit lakonan Fouziah Gous dan Rafiq (Zain Hamid) yang berjanji untuk sehidup semati walau apa pun halangan mendatang.Namun, cinta Sarakit tidak kesampaian apabila dia ditimpa musibah kerana dirogol dan dibunuh ketika sedang hamil.

Apabila “qarin” Sarakit dipuja oleh Dina (Sharifah Sakinah) bagi tujuan menambat hati Rafiq, dia kembali membalas dendam terhadap orang-orang yang menyebabkan kematiannya.

Zain Hamid & Fouziah Gous

Zain Hamid & Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous sebagai Sarakit

Fouziah Gous sebagai Sarakit

Datin Noniswara

Datin Noniswara

Datin Noniswara sebagai Puan Mariam

Datin Noniswara sebagai Puan Mariam

Saiful Nizen

Saiful Nizen

Jobot, Adam Shah, Saiful Nizen

Jobot, Adam Shah, Saiful Nizen

Zain Hamid

Zain Hamid

Zain Hamid sebagai Rafiq

Zain Hamid sebagai Rafiq

Pengarah Dendam Sarakit - Fairuz Loy

Pengarah Dendam Sarakit – Fairuz Loy

Jobot

Adam Shah sebagai Ramdi

Adam Shah sebagai Ramdi

Adam Shah (1)

Adam Shah

Fouziah Gous & Zain Hamid

Fouziah Gous & Zain Hamid

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Review Twinpalms Phuket Thailand