in

Sinopsis Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Syarikat Penerbit : Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd. & Skop Production Sdn. Bhd.
Penerbit Eksekutif: Mohd Atlas
Penerbit: Ismaliza Ismail
Pengarah: Isma & Tauke Jambu
Penulis Skrip: Mohd Atlas & Tauke
Pengarah Fotografi: Acai
Pengarah Seni: Rustam
Penyunting: Lutfi
Pengarah Muzik: Zimi Sofazr
Penolong Pengarah: Lutfi
Pengurus Produksi: Zulkefli Majid
Proses Penyuntingan: Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd.
Proses Makmal: Filem Negara Malaysia
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 27 September 2012
Durasi : 89 min
Audio : Stereo
Format : 35mm

TRAILER FILEM SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU

SINOPSIS FILEM SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU
Filem ini memaparkan kisah komedi yang berlaku di sebuah pusat pemulihan mental. Mengikut pengarah filem ini, mesej yang hendak disampaikan kepada penonton ialah sebagai masyarakat kita hendaklah bersikap tidak memandang rendah terhadap orang yang kurang upaya, dan berilah layanan yang sama terhadap mereka. Sebagai masyarakat kita hendaklah berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat yang dijual di pasaran, kerana khuatir akan risiko yang dihadapi.

Terdapat banyak unsur humor dan lawak jenaka yang memberi mesej tersirat kepada penonton, dan juga dihiasi lagu-lagu dari band sofazr yang menghiasi latar filem ini.

Sofazr The Movie Jiwa Kacau mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka Sofazr, mereka terlalu sibuk dengan pertunjukan pentas sehingga pada suatu hari mereka mengadu kepada pengurus mereka iaitu Zack (Zul2by2) bahawa mereka kepenatan dan zack telah membeli ubat trtadisional dari Pak Mastur (Hamdan Senario) dengan harapan dapat mengubati keletihan mereka, tetapi malangnya setelah mereka meminum ubat tersebut mereka telah pun hilang ingatan serta mengganggu ketenteraman awam dan mengakibatkan mereka di hantar ke Pusat Pemulihan yang diberi nama “Pusat pemulihan jiwa kacau” di sinilah mereka berjumpa dengan Apong (Saiful Apek), Kudin (Yassin Senario), Remy (Tauke jambu), Bob (Jepp Sepahtu), Ar Badul (Dr Bada), Pak Abu (Hamid Gurkha) Attendan Kulai (Mamat Sepah), Attendan Ilya (Ilya Senario), Wak Herman (Herman Tino) dan ramai lagi, bermacam-macam peristiwa dan kekecohan yang berlaku sepanjang mereka di pusat pemulihan jiwa kacau ini, Zack dan Wangi (Leez Af) berusaha untuk mencari ubat bagi mengembalikan ingatan mereka adakah mereka semua berjaya dipulihkan?

Poster Filem Sofaz The Movie Jiwa Kacau

Sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini yang tidak siuman di pawagam seluruh negara yang bakal di tayangkan serentak di seluruh negara pada 27 September 2012.

Filem ini arahan sepenuhnya oleh Isma dan Tauke Jambu.

Filem yang berunsurkan komedi ini menampilkan barisan-barisan pelakon seperti Ameer Sofazr, Zimi Sofazr, Fairuz Sofazr, Syah Sofazr, One Sofazr, Rody Sofazr, Zul 2by2 (Zack), Yassin Senario (Kudin), Tauke jambu (Remy), Jepp Sepahtu (Bob), Ar Badul (Dr Bada), Hamid Gurkha (Pak Abu), Adda Butterfly (Jururawat cantik) Leez Af (Wangi).

Filem ini mengambil masa 22 hari penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan bermula pada Mac 2011. Buat pengetahuan pembaca, bajet untuk filem ini, tidak mencecah RM 1 juta.

Pada 17 September lalu, Nusanbakti Corporation Syarikat telah mengadakan sesi previu filem pertama mereka yang berjudul Sofaz The Movie – Jiwa Kacau.

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Filem Sofazr The Movie Jiwa Kacau

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lokasi Ujibakat Idola Kecil Musim Ke-5

Gambar Sekitar Pelancaran Drama Dendam Sarakit