in

Gambar Sekitar Pelancaran Album Love Me Butch

Gambar Sekitar Pelancaran Album Love Me Butch

Pelancaran Album Love Me Butch yang diadakan di Lust KL, Kuala Lumpur ini di mana acaranya sangat ringkas dan kasual. Maklumlah, konsep muzik Love Me Butch juga memang sesuai dengan jiwa remaja anak muda masa kini yang sukakan muzik yang lebih hard rock.

Love Me Butch, satu nama band yang tak asing. Sebuah band ‘Malaysian English Post-Hardcore Band. Tak perlu Budiey perkenalkan di sini secara terperinci. Korang boleh dengar muziknya dengan klik sahaja di Youtube. Disertai oleh empat orang muda iaitu Syarul Reza sebagai vokalis, Wing Meng (gitar), Kevin Kong (pemain bass) dan Jana Nair (pemain drum) begitu terkenal di negara Asia lain seperti Jepun, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia di mana mereka pernah buat konsert tour di sana.

Love Me Butch dah lancar debut album berjudul Enter Posthuman pada tahun 2001 dan telah menjulang anugerah Best New English Artis di AIM. Kemudian pada tahun 2005, album This is The New Pop dilancarkan dan band ini buat promosi tour di seluruh negeri. Band ini mendapat tumpuan peminat seluruh Asia dan dunia selepas muzik video berjudul Hollywood Holiday ditayangkan di MTV Asia.

Kalau nak ikutan pencapaian, Love Me Butch dah kira sebuah band yang berjaya. Tengok pada senarai pencalonan anugerah… bukan main banyak lagi. Juga Budiey tengok Muzik Video band ini juga gah di negara-negara luar. Kalau tak, takdelah nak menang di APICTA Award 2008 untuk Barricade Muzik Video.

Usaha berterusan dengan membawa dan memperjuangkan muzik mereka, telah menaikkan lagi nama Love Me Butch. Seiring dengan kembara promosi dan konsert di beberapa buah negara Asia seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Jepun. Pernah dipilih untuk featured sebagai opening act di beberapa buah konsert band terkenal seperti Deftones, Avenged Sevensoul, UNderoath, Misery Signals, Simple Plan dan banyak lagi.

Sebenarnya, album yang dilancarkan pada hari ini telah pun berada di pasaran sejak bulan Disember 2011 lalu. Namun, kali ini diperkenalkan lebih dekat kepada media Melayu di Malaysia. Album ketiga yang mengandungi 10 buah lagu ini telah dijual lebih 1000 buah dalam masa 3 minggu dijual di pasaran. Diterbitkan oleh Eastern Records, album ini mendapat sambutan hangat dari peminat Love Me Butch.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah Generation S.O.S, In Honor & Gratitude, The Promise, Worldwide Transgression, We Are All You’ve Got, Come Out, Come Out, Come Out, For What Its Worth, Tragedy, Knee Deep in Despair dan Knock Yourself Out.

VIDEO KLIP COME OUT COME OUT

Dalam banyak-banyak lagu kat atas ni, Budiey suka layan lagu Come Out Come Out. Hahaha sebab apa? Korang kena dengar la dulu lagu ni camna, sedap ke tak? Tapi memang muzik macam ni boleh layan gak la terutama masa tengah stress. Tapi ada sesetengah orang, bila stress tak boleh sangat layan lagu muzik yang bingit cam ni. Ikut pada selera korang la kan.

Love Me Butch

Love Me Butch

Love Me Butch

Love Me Butch

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan 6 Peserta Layak ke Peringkat Akhir Bintang RTM 2012

Gambar Sekitar Pelancaran Album Akim Ahmad