in , ,

Gambar Sekitar Konsert Mila AF5 & Frens di Planet Hollywood

Budiey terpaksa membatalkan hajat untuk menyertai Gathering RUMPUN yang mengumpulkan semua penulis-penulis berbangsa Melayu petang tadi.

Mungkin sudah tidak ada rezeki untuk bertemu dengan penulis dan penggiat blog yang lain di gathering yang ditaja oleh Advertlets kerana saya terpaksa menjalankan tugas untuk membuat liputan di Showcase Istimewa Mila & Frens di Planet Hollywood.

Berlangsung jam 3.30 petang di Planet Hollywood Kuala Lumpur, dihadiri oleh puluhan peminat yang fanatik, kelab peminat AF, selebriti, tenaga pengajar dan media, konsert Mila & Frens memang nampak meriah dan happening.

Saya terhibur walaupun ada tersilap lirik, diction atau sebutan yang tidak jelas dan out of tune pada lagu yang mereka nyanyikan.

mila

Ya, inilah pertama kali saya berpeluang untuk melihat persembahan Mila secara dekat selepas juara Akademi Fantasia 5 ini tamat pengajiannya.

Saya kira Mila bertuah berbanding dengan juara yang lain kerana diberi peluang oleh pihak Maestro Talent untuk mendekati dan menghiburkan peminatnya di konsert seperti ini.

Antara rakan-rakan Mila yang bersama Mila di pentas ialah Ebi, Candy, Marsha, Noni serta rakan senior Mila iaitu Sahri AF1, Faizal AF4 dan Marsha AF3. Sebanyak 11 lagu dinyanyikan termasuklah beberapa rangkaian medley lagu Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

Ini andalah entri untuk saya berkongsi beberapa gambar-gambar Mila & Frens dengan anda. Ulasan konsert akan menyusul selepas ini… Kita layan gambar dulu la ya.

heliza af
gambar mila akademi fantasia
mila
pemain gitar
marsha
ebi
marsha
akademi konsert
faizal af4
candy
mila
marsha
candy like her naked voice
marsha
candy
tugasan
marsha gorgeous
ebi
ebi
mila
sahri
mila ebi
heliza loves budiey

Pertama kali dapat bergambar bersama dengan my lovely sweet darling, Heliza. Kepada Pa’an, tolong jangan jeyles ya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza & Datuk K Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary

TRAVEL

Review RoomsDB.net – Rent A Room in Singapura & Kuala Lumpur