in

Gambar Sekitar Karnival Tari Tirana

Citarasa penonton yang mahukan kepelbagaian genre drama khususnya remaja, mencetuskan idea untuk menerbitkan Tari Tirana di slot Lestary.

Untuk julung kalinya, TV3 memperkenalkan siri yang berlandaskan tarian sebagai penceritaan sesuatu drama, di mana pelakon seperti Wan Sharmila, Shahz Jazle, Ammar Alfian Aziz, Nadia Aquila Bajuri bukan sahaja terpaksa mempersembahkan kebolehan berlakon tetapi kebolehan menari juga diambil kira.

Sambutan jumlah penontonan yang memberansangkan setiap minggu telah mendorong pihak TV3 untuk menjayakan satu sesi ramah mesra bersama para pelakon Tari Tirana, bertempat di [email protected] Mutiara Damansara bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.

Sesi ini memberi peluang kepada penonton-penonton setia menemui pelakon-pelakon dan beramah mesra sambil bergambar dengan pelakon kesayangan mereka.

Selain daripada itu pelbagai aktiviti riadah telah dijalankan untuk seisi keluarga, antaranya termasuklah

4130965962 E6A5333B44 O | 4

menyaksikan persembahan nyanyian oleh  Naizle, Sabhe dan Nadia Aquila,

4130965962 E6A5333B44 O | 4

persembahan tari dari pelakon-pelakon Tari Tirana sendiri,

4130200337 8249A1A86E O | 6

4130200225 C451C32F48 O | 7

klinik tarian yang akan dikendalikan oleh para pelakon bagi mereka yang ingin menari seperti pelakon-pelakon Tari Tirana,

4130200851 440871730A O | 8

tidak dilupakan satu sesi tarian bersama pereka tari Ali,

4130964786 Fbfacb9C25 O | 9

4130201255 D107A6772A O | 10

sesi soal jawab bersama pengunjung,

4130201179 6Dc8157D15 O | 11

persembahan sesi trivia bersama MyTV3 sambil mendaftarkan diri sebagai ahil dan sebagainya.

4130200139 Eedf8C7132 O | 12

Tari Tirana mengisahkan perjalanan kehidupan seorang gadis remaja yang menghadapi kemelut keluarga di mana minat untuk menari mendapat tentangan dari keluarga beliau, disamping itu konflik percintaan remaja yang tidak kesampaian dan cinta dari bekas teman lelaki musuh ketat beliau  akan melibatkan banyak hati bakal dikecewakan!

4130200083 8702A6E78A O | 13

Tirana yang digambarkan sebagai gadis lincah, cantik dan bijak bakal membawa penonton menyoroti warna-warni kehidupannya menerusi siri Tari Tirana di slot Lestary yang disiarkan sejak  25 Ogos 2009, setiap selasa jam 9.00 malam, hanya di TV3. Drama bersiri 26 episod ini dibintangi oleh pemenang gadis Pantene Anugerah Skrin 2008, Wan Sharmila (Tirana), Shaz Jazle (Ash), Ammar Alfian Aziz (Neo), Nadia Aquila Bajuri (Chika) dan dibantu oleh Noryati Taib (Makcik Isabella), Faizul Hafiz Hashim (Ijam), Ruzana Ibrahim (Cik Yasmin), Zaibo (Hj Mohsen) dan Zefrul Nordin (Tajuddin). Turut membintangi siri ini adalah Nadzirah Nadzri (Liza), Becky Lee (Ciara), Sharnaaz Ahmad (Ali) dan Mohammad Ali (Ali G).

4130200903 18055Fb69D O | 14

Drama ini merupakan hasil arahan sutradara muda, Shahrulezad Mohamedin yang pernah menghasilkan drama-drama hebat di TV3 antaranya Sindarella, Emil Emilda, Kerana Cintaku Saerah dan Seputeh Qaseh Ramadan. Tari Tirana yang diterbitkan oleh Radius One Production ini menjalani penggambaran di lokasi-lokasi terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Singapura.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Time For Us Lakonan Carmen Soo & Awal Ashaari ke Emmy Awards

Astro Siar The Biography Channel