in ,

A Time For Us Lakonan Carmen Soo & Awal Ashaari ke Emmy Awards

Wow… walaupun tidaklah mendapat sambutan di negara sendiri, namun drama bersiri A TIME FOR US telah berjaya memasuki pencalonan dalam International Emmy Awards yang ke-37 yang berlangsung di New York City pada 23 November lalu!

Sudah tentu berita kegembiraan ini dikongsi bersama dengan para pelakon Malaysia yang membintangi asiannovela A TIME FOR US (KAHIT ISANG SAGLIT) iaitu Carmen Soo, Awal Ashaari, Louisa Chong, Soosan Hoh dan Zayanah Ibrahim. 

Untuk pengetahuan pembaca semua, drama ini telah ditayangkan di TV2 pada bulan Mac 2009. Sayang seribu kali sayang, drama ini ditayangkan pada waktu tengahari, jadi tak ramai yang berpeluang untuk menonton. 

Ia adalah co-production ABS-CBN, Filipina dan Double Vision, Malaysia yang dibintangi Jericho Rosales dan Carmen Soo disamping Louisa Chong, Soosan Hoh, Awal Ashari Zayanah Ibrahim dan beberapa pelakon ternama Filipina.

Di Filipina ia ditayangkan bermula pada 15 September 2008 hingga 12 Disember 2008.

Walaupun tidak berjaya seluruh produksi Filipina dan Malaysia boleh berbangga kerana berjaya sampai ke tahap setanding dengan produksi Brazil dan France.

Apa yang membanggakan Carmen Soo sebagai anak Malaysia berjaya menjejakkan kaki ke majlis yang berprestij ini. 

Carmen akan balik pada hari Khamis waktu NYC tapi akan ke Filipina untuk menghadiri PMPC Star Award for TV pada 29 November 2009 dimana dia dicalonkan bagi kategori BEST NEW FEMALE TV PERSONALITY.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. cerita ni memang best cuma pada pendapat saya, waktu tayangan kurang sesuai sebab waktu tengahari dan bukan waktu rehat pulak tu so penonton Malaysia kurang bilangannya (saya tengah cuti bersalin so ada masa la nak menonton siarannya).

    great plot and acting but again, the time airing was not that right.

  2. its ok carmen sexy dia kan cina,lain lah artis melayu yg berpakaian mengalahkan barat wat malu jer jadi anak cucu melayu….kan kan kan !!!

  3. anyway memang citer ni best,sy minat sgt ngn hero n heroin citer ni,tp cume knp dipndekkan citer ni ketika tayang d Malaysia berbnding sy tgk dlm versi Filipina d youtube

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Shahz Jaszle di Karnival Tari Tirana

Gambar Sekitar Karnival Tari Tirana