in

Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2

Jam 8 malam semalam, Budiey telah menonton filem Evolusi KL Drift 2 yang dipertontonkan di Majlis Tayangan Media Filem Evolusi KL Drift 2. Diadakan di Cathay Cineleisure, filem ketiga arahan Syamsul Haslam ini akan ditayangkan di pawagam mulai 25 Mac 2010.

Ramai kawan-kawan media berpendapat filem Evolusi KL Drift 2 LEBIH BAIK, LEBIH MANTAP daripada filem Evolusi KL Drift 1. Budiey suka dengan aksi drift dan juga aksi pergaduhan yang agak sadis dan agak kejam. Juga Budiey rasa lakonan Shaheizy Sam memang best dan harus dipuji. Penamat filem ini sangat BEST walaupun boleh dijangkakan.

Syabas kepada semua pelakon terutama Syamsul Yusof yang juga turut menulis skrip dan mengarah filem ini.

Scha Al Yahya juga antara satu-satu pelakon wanita yang turut hadir di majlis ini. Lakonan Scha sebagai pelumba drift iaitu watak Aleeya memang tak nampak kaku. Ada part yang kelakar dan ada part yang sangat romantik. Tapi part yang paling tak tahan, masa Budiey tengok Aleeya dipukul dan dibelasah oleh geng samseng.

Ini gambar Scha yang Budiey ambil semalam. So simple but nice!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Majlis Pelancaran Album Pertama One Nation Emcees

Sekitar Sessi Ramah Mesra Bersama Pelakon SIONG