in

Sekitar Sessi Ramah Mesra Bersama Pelakon SIONG

Siong yang diadaptasi daripada filem Raja Bersiong mengisahkan Raja Wakarima lakonan Helmi Hussaini menghisap darah manusia untuk kekal muda tetapi berjaya ditumpaskan pembesar istana, Arya Mitra (Abu Bakar Juah). Tubuhnya dipasung dalam keranda untuk memastikan tiada kesan peninggalan Raja Wakarima di kerajaan Pancadi.

Selepas 400 tahun, muncul Tajul Zaman (Gambit Saifullah), tokoh konglomerat yang suka berfoya-foya. Suatu hari, orang gajinya terhiris jari ketika memasak. Selepas merasa makanan itu, bermulalah sisi gelap Tajul Zaman ketagihan darah. Dia membunuh wanita muda yang didampinginya dengan menghisap darah mereka.

Sementara itu, penulis novel misteri, Amzar mengkaji sejarah Pancadi bersama kekasihnya, Ria Fajarina (Sheera). Mereka cuba menjejaki legenda Raja Wakarima dan menemui peninggalan risalah purba dan wasiat moyang Amzar yang disembunyikan di rumah pusaka. Dari situ, Amzar mengetahui sejarah nenek moyangnya. Drama arahan Adam Hamid dan skrip Mahizan Husain ini diterbitkan Talisman Pictures Sdn Bhd. Turut berlakon, Zizan Nin, Leez, Hanif, Zila Bakarin dan Nadia Mustafar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2

Anang Ajak Syahrini Bercinta dalam Lagu