in , ,

Gambar Puteri Sarah & Ammar Alfian Aziz di Tayangan Drama DIMENSION

Pada 12 November 2009 lalu, Budiey berkesempatan singgah seketika di The Palace – Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur untuk bersama penulis blog yang lain bagi menyaksikan tayangan premiere drama bersiri Dimension.

Kalau nak tahu, drama ini adalah drama yang pertama yang menggunakan telefon bimbit sebagai platform. Jadi, kepada korang yang nak tonton, perlulah memuatturunnya di telefon bimbit dan juga boleh menontonnya secara online.

Di majlis itu juga, Budiey sempat bertemu dengan Puteri Sarah Liyana dan kekasihnya Ammar Alfian Aziz. Diorang ni memang nice dan peramah. Kira talkative jugak lah. Sesuai dengan karakter Puteri Sarah sebagai gadis lincah. Walaupun ini kali pertama, Budiey cuba mendekati pelakon kontroversi ini, dia tidaklah sombong sangat.

Budiey percaya, ramai yang kritik dan hentam kedua pelakon drama ini di atas kontroversi mereka yang lepas-lepas. Namun, kontroversi tersebut tak menghalang pasangan ini untuk terus aktif dalam bidang seni lakonan dan peragaaan yang diminatinya. Bagi mereka, biar apa diorang nak kata.

Sebelum terkenal dalam Tari Tirana, Ammar sebenarnya seorang model dalam bidang peragaan sejak usia 16 tahun lagi. Mmm… tengok ajelah rupa dan fizikalnya yang tinggi sasa tu. Orang putih kata, macho dan gorgeous. Ramai perempuan di luar sana kata, Ammar ada paras rupa yang seksi. Kariernya bermula di Singapura setelah dilamar menjadi duta seluar dalam Diesel dan Renoma.

Nak tahu, Ammar juga adalah pelakon dalam siri drama Dimension.

Sepadanlah ni, dua-dua memang meletop!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Search Mahu Tubuh Sekolah Tahfiz

Opening Act Coda, Saida dan Sairah di Konsert Seribu Warna