in ,

Gambar Perkahwinan Puteri Sultan Brunei

Antara gambar perkahwinan Puteri Sultan Brunei, Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafar. Anak Puteri Majeedah Nuurul Bulqiah, 31 dan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafar, 32, dinikahkan dan secara rasmi diraikan.

Pengantin lelaki disambut Sultan Hassanal dalam dewan utama istana yang mempunyai 1,788 bilik dan membawanya ke pelamin diraja. Sultan kemudiannya memegang tangan Pengiran Khairul dan meletakkannya di kepala Anak Puteri Majeedah sebelum mereka disandingkan. Pada waktu sama, bedilan meriam turut kedengaran dan majlis yang dihadiri 2,000 tetamu itu berakhir dengan doa selamat.

Sebelum meninggalkan dewan berkenaan, pasangan yang berpakaian tradisi Melayu merah dan emas itu memberi tunduk hormat kepada Sultan Hassanal dan dua isterinya. [Berita Harian]

568237630 2F2468423A | 4
568744875 5Fd5E0F780 O | 5
568238824 C36Fde7Edd | 6
568746255 C42E279Fb4 O | 7
568747023 2A1028A274 O | 8
568243750 F59E4Cbb57 O | 9
568749787 030Bbfc599 O | 10
568245176 B85D98E593 O | 11

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pierre Andre | 35

Sinopsis Filem CONGKAK Lakonan Julia Ziegler

Eyka Farhana Trending Fesyen | 36

Siapa Jessica Iskandar & Ini Gambar Shenny Andrea Dalam Filem DIVA