in

Gambar Pemenang Kuiz Teka Suara Siapa di Suria FM

RM 44 RIBU MILIK HALIMAH HARUN MENERUSI KUIZ ‘TEKA SUARA SIAPA’ DI SURIA FM

2009 menyaksikan Suria fm terus mengatur strategi untuk meningkatkan lagi jumlah pendengar selain lebih dekat dengan khalayak pendengarnya. Kuiz ‘TEKA SUARA SIAPA DI SURIA’ yang bermula 16 Februari telah pun berakhir pada 16 Mac dan turut memberikan tuah kepada pemanggil dari Tmn Selayang Mutiara, Batu Caves, Selangor, PN HALIMAH HARUN (42 tahun) yang berjaya memberi 4 tekaan nama personaliti dengan tepat, KELLY CLARKSON, ELLY MAZLEIN, ALTIMATE dan EDDIE HAMID. Sekaligus melayakkan beliau memenangi wang terkumpul sebanyak RM 44 Ribu ringgit. 

Tahniah!

Beliau menyertai kuiz ‘TSS’ menerusi segmen BREAKFAST@SURIA bersama Tuah dan Zizi ( 6 pagi – 10 pagi) pada 16 Mac dan pastinya wang yang dimenangi dapat mengubah kehidupan beliau.

Sebelum itu, 3 pendengar lain berjaya memenangi wang tunai RM 1000 apabila berjaya meneka 1 nama dengan betul. Mereka adalah:-

  1. ZUREHA HARUN, dari Tmn Putra Damai, Lembah Subang, PJ
  2. ZULKIFLI KARDI, dari Kg Hj Ghafar, Bt 6, Yong Peng Johor
  3. NORSURIATI MOHAMAD, dari Lembah Keramat KL

Kuiz yang dianjurkan merupakan tanda penghargaan pihak Suria Fm kepada pendengarnya selain merupakan satu bentuk promosi untuk memperkenalkan lagi stesen Radio yang diikenali dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti di mata umum. Kuiz seumpama ini akan diadakan lagi sekitar bulan jun tahun ini.

Sementara itu, siri jelajah ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM akan ke utara, pada 28 mac ini di Village Mall, Sg petani bermula jam 4 ptg dan pada 29 Mac di Taiping Central bermula jam 3 ptg. Selain penyampai Suria Fm, barisan artis popular seperti BANDI AMUK, FARAWAHIDA, DIDDY, ALYA, Kump DIVINE MASTER, AZIZI dan ramai lagi akan menghiburkan pengunjung disamping melelong barang peribadi mereka untuk disumbangkan ke Pusat Perlindungan Pernim. Orang ramai dijemput hadir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Concert A Mei @ Bukit Jalil National Outdoor Stadium, Kuala Lumpur

Aizat, Imran Ajmain, Estranged, Jaclyn Victor di Malam Media Red Box 2009