in ,

Gambar Nikah Faezah Elai & Heykal Hanafiah

Dengan sekali lafaz, pelakon drama popular, Faezah Elai 29 tahun telah selamat diijabkabulkan bersama pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38 tahun di dalam majlis yang penuh meriah pada jam 3.30 petang, Jumaat 9 September lalu di rumah kediaman keluarganya di Gelugor, Pulau Pinang. Dengan mas kahwin sebanyak RM1001, Heykal dan Faezah sah menjadi suami isteri setelah dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai . Namun, jumlah hantaran telah dirahsiakan. Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

Faezah Elai Kahwin

Faezah kelihatan ayu mengenakan busana rekaan pereka muda berbakat Hatta Dolmat Couture telah menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki. Antaranya set barang kemas daripada Habib Jewels, produk kecantikan Forest’Secret, iPhone 4, Al-Quran digital, telekung dan jam tangan Tag Heuer.

Pihak lelaki pula membalas dengan 11 dulang hantaran mengandungi sebentuk cincin, kamera Nikon DX, I Phone 4, dompet Mont Blanc, jam tangan Tag Heuer, Al-Quran, wangian, buah-buahan, produk Forest’Secret, kek dan sirih junjung. Sementara pelamin ditaja oleh Putree Bridel.

Dijangkakan, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 3 Disember ini di Dewan Banquet Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Pulau Pinang manakala majlis di sebelah pihak lelaki akan menyusul pada keesokkan harinya. Manakala, pada 4 Disember pula kedua-dua mempelai akan mengadakan majlis resepsi bertemakan persandingan tepi pantai di sebuah hotel di negeri itu. Dua buah majlis telah berlangsung sebelum acara pernikahan berkenaan iaitu, malam berinai dan majlis khatam Al-Quran.

Selamat pengantin baru, Faezah Elai & Heykal Hanafiah. Semoga bahagia kekal buat selamanya.

faezah Elai Kahwin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Papa I Love

Kemilau Cinta Kamila di Saluran Bintang IndoPek