in

Filem Papa I Love

Filem komedi romantik, Papa I Love lakonan mantap Lisa Surihani, Mia Sara Nasuha dan menampilkan pelakon baru dan berbakat BESAR, Zalif Sidek bakal menemui pawagam pada 29 Disember 2011 ini.

Filem Papa I Love You mengangkat kisah kasih sayang dan dilema yang dihadapi bapa tunggal, Bahar lakonan Zalif Sidek terhadap anaknya, Mia selepas kematian isteri manakala Lisa melakonkan Elly.

Selepas kehilangan isteri tercinta, Bahar terpaksa berusaha hidup berdikari. Dia yang sebelum ini sibuk dengan pelajaran dan pengalaman bekerja yang berdepan banyak masalah, membuatkan dia tidak mempunyai keyakinan diri untuk membina hidup baru.

Namun, atas semangat, dorongan dan kasih sayang terhadap anaknya, Bahar nekad untuk berubah. Apakah Bahar akan berjaya melakukannya? Perkenalan dengan Elly juga banyak membantu Bahar menguruskan Mia yang rindukan kasih sayang seorang ibu.

Di sisi lain pula, Elly yang tiada hubungan baik dengan bapanya cukup kagum melihat kasih sayang terjalin antara Bahar dan Mia. Apakah Elly juga mampu memaafkan dan menerima bapanya semula? Papa I Love You mengungkap kasih seorang bapa.

Butiran Filem Papa I Love You

FILEM: Papa I Love You

TERBITAN: MIG Production Sdn Bhd

PENERBIT: David Teo

PENGARAH: Hashim Rejab

PENOLONG PENGARAH 1: Fauziah Muhammad

PENOLONG PENGARAH 2: Fairoz Admi

PENGARAH FOTOGRAFI: Mohd Shahreel Abu Bakar

PENGARAH SENI: Hanizar Ithnin

THE MAKING OF: Mokd Ikhram Izzazuddin Zainuddin

STILL PHOTO: Mohd Suhairi Mat Johor

KOORDINATOR PRODUKSI: Azahari Abdul Hamid

KOORDINATOR: Veronica Khoo

PENOLONG KOORDINATOR: Norsyariman Zainal Abidin

SOLEKAN: Azman Shafie

GRIP: Zainal Md Nayan

PELAKON: Lisa Surihani (Elly), Zalif Sidek (Bahar), Mia Nasuha (Mia), Zaidi Omar (Datuk Kudin)

Trailer Filem Papa I Love

Hero Papa, I Love U Tak Macho Tapi Comel!
kredit: Portal Murai

Kebiasaannya siapa-siapa yang dipilih untuk memegang watak hero atau peneraju utama dalam sesebuah filem atau drama tempatan pastinya akan didominasi dari kalangan aktor lelaki yang mempunyai tubuh badan yang tinggi dan kacak.

Namun, berlainan pula dengan filem terbaru terbitan Metrowealth (MIG) yang berjudul Papa, I Love You ini kerana heronya bukan sahaja bertubuh agak rendah malah berbadan bulat serta comel.

Hero atau pelakon utama yang dimaksudkan dalam filem ini adalah Zalif Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Pooh. Buat pertama kalinya pelakon dan model iklan Digi (Yellow Man) dan Astro First ini diberi peluang untuk memegang watak utama dalam sebuah filem.

Pengarahnya, Hashim Rejab memberitahu dia sengaja mengetengahkan watak comel yang dibawakan oleh Zalif ke dalam filem yang turut dibintangi oleh Lisa Surihani dan adik Mia Sara ini supaya filem tersebut nampak berbeza dan menarik dari kebiasaannya.

“Seperti biasa filem saya kali ini masih lagi berkonsepkan kekeluargaan iaitu bagaimana seorang bapa tunggal membesarkan anaknya bersendirian selepas kematian isterinya. Mungkin ada sedikit persamaannya dengan konsep drama Adamaya saya sebelum ini tetapi jauh beza dari segi keseluruhan cerita.

“Menariknya filem ini saya tonjolkan Zalif sebagai heronya. Zalif akan digandingkan pula dengan Lisa Surihani sebagai pasangan kekasih yang akan menjadi pasangan bercinta yang comel dan kelakar. Watak comel Zalif ini sangat sesuai dan bertepatan dengan filem saya kali ini kerana di dalam filem ini dia akan menjadi seorang bapa tunggal kepada Mia Sara.

“Pada pendapat saya biarpun belum pernah filem tempatan menampilkan atau didedahkan dengan watak hero sebegini tetapi saya dapat rasakan muka atau wajah Zalif ini boleh dijual untuk masa akan datang kerana bukan mudah untuk kita hendak mendapatkan pelakon yang mempunyai watak dan wajah sepertinya.

“Saya harap dengan gandingan kali pertama Lisa dan Zalif ini akan menghasilkan satu formula yang baru dalam industri perfileman tempatan,”katanya selepas majlis doa selamat dan pelancaran filem Papa, I Love You di pejabat MIG, Petaling Jaya, kemarin.

Sementara itu, Zalif yang sebelum ini pernah bekerja dengan KRU Production sebagai Promotion Print Eksekutif memberitahu dia sangat berbesar hati apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk memegang watak utama dalam filem tersebut.

“Alhamdulila, rezeki saya murah selepas berhenti bekerja dengan KRU Production. Memang ini yang saya mahukan dari dahulu lagi. Bila peluang ini datang sudah tentu saya tidak akan mensia-siakannya.

“Sebelum ini pun KRU Production ada juga menawarkan saya untuk berlakon dalam filem mereka iaitu berjudul Cinta Kura-kura tetapi saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana jadual pengambarannya clash pula dengan filem Bini-Bini Ku Gangster yang baru sahaja tamat beberapa minggu lalu.

“Apa -apa pun saya harap saya dapat berkerjasama dan menjalinkan chemistry yang baik bersama Mia Sara yang akan menjadi anak saya dan Lisa Surihani yang akan menjadi pasangan saya dalam filem ini. Bagi saya ini permulaan yang baik untuk saya tonjolkan bakat lakonan terpendam saya selama ini,” katanya kepada murai.com.my

Filem Papa, I Love You ini bakal menjalani pengambaran di sekitar Kuala Lumpur bermula Mac ini. Filem bergenre komedi ini dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Keriangan Pantai dan Lautan di Thistle Port Dickson Resort

Gambar Nikah Faezah Elai & Heykal Hanafiah