in , ,

Gambar Menarik Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH 2007

Anugerah Bintang Popular 2007 telah melabuhkan tirainya pada 30 Mac lalu, dan pada 20 Mei lalu, semua pemenang telah diraikan dalam satu majlis penyampaian hadiah di West Garden Lawn, Hotel Palace of Golden Horses, Sri Kembangan, Selangor. Semua pemenang 16 kategori bersama dengan pemenang Bintang Paling Popular dan Anugerah Khas Pencapaian Sepanjang Hayat telah menerima habuan masing-masing. Namun, ramai juga pemenang yang tak dapat hadir.

Pemenang setiap kategori menerima RM3,000 kecuali dua kategori berkumpulan iaitu penyanyi Berkumpulan/Duo Popular dan Penyanyi Nasyid Popular telah menerima wang tunai RM5,000.

Budiey nak ucap tahniahlah kepada Mawi kerana menerima sebuah kereta Peugeot 407 2.0 bernilai RM143,000 tajaan Nasim Sdn Bhd, anak syarikat kumpulan Naza, barang kemas Habib bernilai RM150,000 tajaan Habib Jewels Sdn Bhd dan Pakej Penginapan Mewah di Hotel Palace of Golden Horses. Mawi mendapat jumlah undian tertinggi bagi kategori utama secara keseluruhannya ialah 119,268 undi.

Selepas Mawi, Faizal Tahir mendapat tempat kedua undian paling tinggi, diikuti Dato’ Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Hj Nawawi.

Ini je pemenang yang hadir? Yang lain pergi mana? Oh! Sibuk ya.

Ini pula gambar dua orang hos meletop pada petang itu… Anne dan Ikhwan, penyampai radio Hot FM.

Suasana ala-ala majlis dalam sebuah taman… bertemakan merah dan putih.

Dan, hadirin dijamu dengan menu masakan yang sedap-sedap seperti sate ayam, daging dan kambing… serta minuman koktail ini…

Juga dihiburkan dengan selingan nyanyian. Antaranya dari Dafi yang menyampaikan sebuah lagu… Bila Terasa Rindu.

Dan ini pula… adalah antara pemenang Undi dan Menang Senarai Pencalonan Akhir ABPBH 2007 yang hadir. Mesti korang ni cipta slogan yang kreatif lagi meletop, kan? Kalau tak, takde nak menang nih…. tapi nasib gakla. Tahniah buat korang yang menang.

Dan di bawah ini pula, antara selebriti dan pemenang yang turut hadir…

Setelah penyampaian momento kepada para penaja ABPBH 2007, pemenang pula dipanggil satu persatu untuk menerima cek idaman berupa wang tunai. Kira ok lah tu.

Mula-mula Dafi… pemenang Artis Baru Lelaki Popular.

Dynas pun ada dapat. Makin slim dan berseri Dynas lepas kahwin nih. Apa rahsia?

Rosyam Nor tetap nak jugak…

Rabbani dapat RM5,000.

Juga Dato’ Siti Nurhaliza. Siap kena serang kat wartawan pada petang itu yang mempersoalkan tentang rumah kediaman Siti sekarang ini. Yang dekat KLCC tu ke atau rumah Ku Yah yang didirikan oleh Dato K bernilai RM7 juta? Jawaban Siti ringkas dalam keadaan terkejut dengan soalan ditanya, Siti berulang-alik dan mengikut Dato K dalam soal itu.

Kalau nak diikutkan perjanjian, memang rumah tu milik Tengku Zawiyah tetapi Siti dah mengaku yang beliau ada tinggal di rumah tersebut tetapi tidaklah sepenuhnya. Siti harap pihak media tidak memperbesarkan tentang tempat tinggal Siti lagi selepas ini.

Mawi yang dinobatkan Bintang Paling Popular pun dapat habuan. Banyak tu Mawi… bak mai sikit.

Rusdy Ramli…. wah, sukanya dia dapat hadiah dari Habib…

M. Nasir juga telah menerima hadiah untuk Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.

Sebagai selingan juga, sebuah lagu Doa Buat Kekasih dinyanyikan secara duet oleh Mawi dan Dato’ Siti Nurhaliza.

Kemudian, ada sesi fotografi. Bertuahnya pemenang dan pembaca ni dapat kereta.

Pembaca dari Kuantan pun dapat kereta. Tahniah la bro!

Wow, AKU KAYA!

Wow, Mawi bergambar dengan set barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM150, 000. Bolehlah Mawi kasi kat Ekin kan, Mawi. Mungkin buat majlis pertunangan ke, atau kahwin pada bulan Disember ni. Senang je, tak payah nak beli lagi. Hadiah tahun lepas Mawi kasi kat ibu dia, tapi kali ini dah ada kekasih tu… kasi je la kat kekasih.

Budiey kira, artis kita perlu lebih gigih menghasilkan karya terbaik dalam karier mereka dan tidak mengharapkan populariti yang datang dari kontroversi atau gossip semata. Yang penting sekali, produk kena berkualiti dan imej peribadi juga perlu dipamerkan.  Selagi ada kesungguhan, dan tahu menjaga imej dan reputasi, selebriti akan berjaya memikat hati peminat.

Untuk tahun akan datang, Budiey harap anugerah ini akan terus menjadi satu anugerah yang lebih mementingkan mutu karya daripada populariti semata.

[tags]wedding, ina, mawi, ekin, ikin, abp, anugerah, bintang, popular, berita harian, senarai pemenang, tunang, kahwin, gambar, pakej perkahwinan, jay jay, juruhebah hotfm, loans, malaysian number one radio, mendua, mg pandithan died, panggilan hangit mp3, parti progresif rakyat malaysia, reduce debt, reduce mortgate payments, sofaz, student loans, 10th shanghai worldstar quest 2008, 2009, gambar siti nurhaliza[/tags]

10 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

New Video Clip Age Of Pollution by Ning Baizura

Gambar Selebriti di Triumph Inspiration Awards @ Pavillion Kuala Lumpur