in

Gambar Selebriti di Triumph Inspiration Awards @ Pavillion Kuala Lumpur

Pada 8 malam semalam (21 Mei 2008) telah berlangsung Triumph Inspiration Awards Beijing 08 di ruang legar Concourse, Pavillion Kuala Lumpur.

Triumph Inspiration Awards adalah satu pertandingan rekaan yang dianjurkan oleh Triumph (pengeluar produk pakaian dalam wanita) yang berpusat di Munich, Jerman untuk mencari pelajar pereka fesyen masa depan yang berbakat dalam menata rias pakaian dalam wanita dalam bentuk yang lebih kreatif.  Bertemakan Female Fascination, pertandingan ini telah menjelajah ke 31 buah negara dan memberikan peluang kepada sebuah negara untuk menghantar seorang wakil untuk dipertandingkan. Maka, malam tadi pemenang telah dipilih untuk mewakili Malaysia.

Tahniah kepada Merlin Yuwita kerana berjaya menjadi pemenang. Turut sama hadir adalah selebriti wanita yang turut memperagakan pakaian dari pereka fesyen terkemuka. Antara yang hadir…

Nora Danish yang memperagakan pakaian Khairi Sufi.

Ezlynn, manis lincah seperti selalunya.

Zahnita, model terkenal ini mengenakan rekaan Faizal. Seksi bersahaja.

Oh My God! Elaine Daily terkejut tatkala Budiey memperkenalkan diri, “My name Budiey… penulis blog Sensasi Selebriti.” Lantas seraya Elaine tersenyum sinis lalu berkata…”Oh! Thats gossip not true…” Elaine mengeleng kepala dengan bibirnya masih menguntum senyuman.

Elaine sudah membaca gossip yang Budiey tulis di blog ini dan komen keras yang korang hamburkan. Juga rasanya gossip yang sama telah tersebar di Utusan Malaysia yang ditulis oleh PAPA. Merujuk kembali kepada gossip Budiey di malam Cameronian Arts Awards, sebenarnya Elaine Daily datang dengan Andy yang mana mereka hanya berkawan baik. Perkataan ‘anak ikan’ adalah tidak tepat untuk menggambarkan hubungan mereka. Juga watak Elaine dalam Kerana Karina adalah berbeza dengan peribadi dirinya sendiri. Jangan salah sangka pula. Budiey sekadar memperbetulkan keadaan.

Sazzy Falak yang mengenakan rekaan Khairul Sufi dan Nasha Aziz pula tetap dengan wajah natural jelitanya.

Nasha Aziz sempoi jek.

Amber Chia. Lain dari yang lain. Kononnya dialah permaisuri pada malam tadi.

Ini dia si manis ku… Fazura. Menggayakan rekaan Hazwani Othman.

Nurul mengenakan fesyen dari pereka Rizman Ruzaini. Elegan dan feminin.

Oh Sazzy Falak, saat ditanya tentang pakaian seksinya. Suamimu tidak marah kah, Sazzy? Jawab Sazzy selamba…”Oh, suamiku suka dengan diriku yang seksi…”

Sekali lagi, wajah si manis ku… Fazura, aku ingin tampilkan kerana selebriti paling bergaya pada malam tadi disandang oleh Fazura. For you dear, I lap you, you lap I!

[tags]nora danish bercerai, elaine daily, zahnita, amber chia, fazura photos, wedding, scandal, sazzy falak, gambar artis seksi, nurul isteri ajai[/tags]

23 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Menarik Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah ABPBH 2007

Gambar & Photo Girlfriend Danny