in ,

Gambar Menarik Konsert Linkin Park Living Things di Malaysia

Walaupun hujan dan terpaksa menempuhi jalan yang sesak dan jam kerana berlangsung hari bekerja, Budiey redahi jua kerana mahu menonton persembahan Linkin Park di Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua setelah selama 10 tahun Budiey menunggu. Memang agak lama tunggu Linkin Park datang Malaysia dan ternyata penantian Budiey itu ternyata berbaloi-baloi setelah Budiey rasa sangat enjoyz dengan persembahan mantap band rock metal itu semalam. Sebanyak lebih 25 buah lagu popular Linkin Park bergema di Stadiun Nasional semalam. Sakit tekak gak Budiey terlolong, memekik dan menjerit. Adeh. Rabu ini pula, Budiey dijemput untuk ke Konsert Metallica pulak, tak sabar pulak nak tengok Metallica untuk kali pertama.

[dropcap]D[/dropcap]ikhabarkan, Linkin Park tampil dengan memberikan persembahan bertenaga di hadapan lebih 25 ribu penonton pada konsert jelajah dunia ‘Living Things’ di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan dalam ramai-ramai tu, ada lebih kurang 5,000 orang pelancong yang datang dari beberapa buah negara jiran dan di Eropah juga.

[pullquote align=”right”]Kumpulan yang memenangi pelbagai anugerah ini membuka tirai konsert pada pukul 8.30 malam menerusi lagu Tinfoil, Faint dan Papercut.[/pullquote]

Kumpulan yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini dianggotai oleh vokalis utamanya, Chester Bennington, pemain dram dan percussionist, Rob Bourdon, gitaris, Brad Delson, pemain bass, Dave ‘Phoenix’ Farrell, Joe Hahn yang bertindak sebagai DJ serta vokalis kedua merangkap pemain keyboard dan juga gitaris, Mike Shinoda.

Linkin Park terus memberi persembahan bertenaga dengan lagu-lagu popularnya seperti Givin Up, With You, Somewhere I belong, New Divide dan Victimized.

Sorakan kuat penonton mengamatkan keadaan di stadium setiap kali anggota kumpulan tersebut cuba berinteraksi dengan penonton.

Band yang berasal dari California, Amerika Syarikat itu menyampaikan 21 buah lagu dalam konsert yang berlangsung selama dua jam.

Tidak mahu menghampakan peminat, kumpulan ini turut menyanyikan lagu popular seperti In The End, Numb dan What I’ve Done pada bahagian penutup.

Biarpun dibasahi hujan renyai, penonton berpuashati dan terhibur dengan persembahan kumpulan tersebut.

Konsert Linkin Park Jelajah Dunia di Malaysia 2013 “Living Things” ini dibawakan oleh The Wonderland+ dan peminat di Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana band ini memilih Malaysia untuk mengadakan konsert sebagai salah satu rangka lawatan mereka di Asia Tenggara.

Thailand, Indonesia dan Singapura tidak tersenarai sebagai lokasi persinggahan mereka akibat kesuntukan masa.

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

Konsert Linkin Park

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Mamat Sepah Berkepit Bersama Kekasih

Guba Bakal Bergabung Dengan Yuna di Adelaide Festival Centre