in , ,

Gambar Mawi di Karpet Biru Anugerah Industri Muzik Ke-15

Mawi kelihatan bergaya dengan sut serba hitam dipadankan dengan tali leher berwarna putih. Lengkap dengan bercermin mata yang ditaja khas.

Tapi yang uniknya, Mawi memakai snow cap (topi salji?) yang mana mengikut perkiraan Budiey fesyen ini dah ketinggalan zaman. Lagi pun tidak sesuai dengan cuaca di tempat kita. Kalau ada salji atau iklim sejuk, okay la jugak. Kalau Mawi memakai serba yang dililit di bahu, itu mungkin boleh dikira okay.

Tanpa memenangi sebarang trofi di Anugerah Industri Muzik yang berlangsung pada malam tadi, Mawi hanya hadir untuk mempersembahkan lagu tribute Kau Ilhamku nyanyian asal Man Bai ditujukan khas kepada insan-insan seni yang telah meninggalkan kita bergabung suara bersama Rahim Maarof dan Anuar Zain.

Bagi Budiey, ianya satu persembahan yang kalut, lari tempo, tiada kolaborasi, tidak bersefahaman, tidak tersusun, tiada keserasian antara ketiga-tiga penyanyi, disertakan pula dengan Anuar Zain yang terlupa lirik… menjadikan persembahan mereka hancur.


2460988759 D82076C44B | 4

 

2461778800 E6D2D75E62 | 5

2461783198 32D73035C6 | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar A Nite Show With… Anuar Zain di Dewan Perdana Felda

Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 15