in ,

Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik 15

Semalam jam 9.00 malam (Sabtu, 3 Mei 2008) telah berlangsung Anugerah Industri Muzik 15 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Majlis tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) ini memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat tempatan seperti artis, penyusun muzik, pengeluar rekod dan semua yang terlibat di dalam pengeluaran rakaman album muzik yang berkualiti.

Tahniah buat Faizal Tahir atas kejayaan menebus maruah tercalar di’banned’ selama 3 bulan serta kekalahan di Anugerah Juara Lagu 22 dengan kemenangan 4 anugerah iaitu Album Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik – Artis / Produser.

Juga buat Dato’ Siti Nurhaliza yang menggondol 2 anugerah Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) dan Album Pop Terbaik – Artis / Produser.

Memang Faizal Tahir dan Dato’ Siti Nurhaliza menang BESAR! Budiey ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang lain dan berikut adalah keputusan penuh pemenang AIM15.

Album Terbaik
Aku.Muzik.Kamu – Faizal Tahir / Audi Mok, Kunci Demak, Aubrey Suwito, Ahmad Izham Omar & Faizal Tahir
 
Lagu Terbaik – Komposer / Penulis Lirik
Azlan Abu Hassan / Sulu Sarawak – Izinku Pergi (Kaer Azami)
 
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki)
Faizal Tahir – Aku.Muzik.Kamu
 
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)
Dato’ Siti Nurhaliza – Hadiah Daripada Hati
 
Artis Baru Terbaik
Faizal Tahir
 
Artis Harapan
Suki
 
Album Rock Terbaik – Artis / Produser
Aku.Muzik.Kamu – Faizal Tahir / Audi Mok, Kunci Demak, Aubrey Suwito, Ahmad Izham Omar & Faizal Tahir
 
Album Pop Terbaik –Artis / Produser
Hadiah Daripada Hati – Dato’ Siti Nurhaliza / Dato’ Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito, Audi Mok, Azlan Abu Hassan, Greg Henderson, Jenny Chin & Sharon Paul
 
Album Pop Etnik Terbaik – Artis / Produser

Melodi Ahlaan – Waheeda / Waheeda, Yasin Sulaiman, Cat Farish & Hafiz Hamidun
 
Album Nasyid Terbaik – Artis / Produser
Maulana – Rabbani / Rabbani, Azmi Manap & Yasin Sulaiman
 
Album Inggeris Tempatan Terbaik –Artis / Produser
Eclecticism – Melissa Indot / Melissa Indot & Marinna Indot (Executive), Mac Chew, Audi Mok & Sharon Paul
 
Album Cina Tempatan Terbaik – Artis / Produser
Here I Come – Andrew Tan / See Kwan Seng & Joshua Hing
 
Album India Terbaik Tempatan – Artis / Produser
Martin Zamigano Kanmani – Martin Zamigano / Martin Zamigano
 
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Disampaikan Oleh Artis Luar Negara – Artis
Terlalu Cinta – Rossa
 
Kulit Album Terbaik
Jenny Sun – After 8 (Liang)
 
Rakaman Album Terbaik – Jururakam
Nick Lee, JD Wong & Illegal – After 8    (Liang)
 
Video Muzik Terbaik
Sean Chan – Sangkar
 
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia) – Penggubah
Nai Kong – Cintamu (Dato’ Siti Nurhaliza)
 
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bukan Bahasa Malaysia) – Penggubah
Hafiz Hamidun – Last Breath (Hafiz Hamidun)
 
Anugerah Kembara
Pop Shuvit
 
Anugerah Wirama
Fauzi Marzuki

[tags]result aim 15, anugerah industri muzik, keputusan penuh aim, senarai pemenang, rim, faizal tahir, siti nurhaliza, gambar red carpet aim, gambar karpet biru[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Mawi di Karpet Biru Anugerah Industri Muzik Ke-15

Gambar Selebriti di Blue Carpet @ AIM15