in ,

Gambar Majlis Nikah Fasha Sandha & Jejai

Gambar Majlis Nikah Fasha Sandha & Jejai

Pastinya malam ini adalah malam yang penuh bersejarah buat Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai). Akhirnya mereka selamat dinikahkan dalam satu majlis tertutup di Hotel Crowne Plaza Mutiara yang dihadiri oleh keluarga, selebriti dan para media. Eh, tertutup apanya kalau dah jemput selebriti dan media kan? Okaylah, Budiey mungkin tersalah dengar dari mulut Fasha di ABP hari tu, kot.

Apa-apa pun, selamat pengantin baru buat Fasha Sandha dan Jejai. Di mana Nora Danish ketika ini? Budiey dengar, Nora Danish bawa diri ke Tanah Suci untuk menenangkan diri.

Penyampai Suria FM ditugaskan sebagai pengacara majlis untuk majlis akad nikah malam ni.

Budiey nampak, Pelakon TV Wanita Popular ini sangat berdebar-debar pada malam ini. Maklumlah, malam ini akan diingati oleh beliau sampai bila-bila dan ini adalah saatnya fasa hidupnya beralih ke alam rumahtangga.

Dengan dua kali lafaz, pelakon sensasi lagi berkontroversi Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai tepat jam 9.45 malam.
Jejai telah dinikahkan sendiri oleh bapa Fasha, Hassan Bin Mohaiddin sambil disaksikan oleh Mohd Shahirman.
Fasha kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan kurung tradisional kontemporari rona putih hasil rekaan Rizman Ruzaini dengan wajahnya dirias jurumekap terkenal, Saidatulnisa
“Alhamdulillah, majlis ini telah pun selamat disempurnakan. Terima kasih buat keluarga dan sahabat yang hadir memeriahkan majlis nikah kami,”
Majlis pernikahan serba sederhana tetapi meriah itu telah diadakan di tingkat 30, Windows on KL, Crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dihadiri lebih 300 tetamu, majlis pernikahan ini tentunya menjadi momen paling bermakna buat figura cantik ini.
Di majlis yang bertemakan rona lavender ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang. – via Media Hiburan.
Antara rakan artis yang sudi hadir ialah Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.
Majlis resepsi perkahwinan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) bakal berlangsung di Bali. Majlis ini akan dihadiri oleh 100 jemputan khas. Ini bermakna majlis pasangan ini ekslusif dan tak ramai media akan hadir di sana.
Manakala, Pulau Redang menjadi destinasi bulan madu Fasha & Jejai. Cuti-cuti Malaysia 🙂 Pasangan suami isteri ini akan ke sana pada awal bulan depan.- via @GuaMalaysia & portal GUA

Fasha Nikah

Suasana diluar dewan yang kini dipenuhi tetamu yang hadir.

Fasha Sandha

Fasha Sandha disolek oleh Saidatulnisa.

Fasha Sandha Nikah

Ini dia suasana pentas & podium majlis nikah di majlis bersejarah

Fasha Nikah

Fasha Sandha Nikah

Penyanyi Tomok, isteri beliau yang sedang sarat mengandung dan Isma juga turut hadir.

Fasha Nikah

Fasha Sandha Nikah

Pelamin pernikahan Fasha Sandha dan Jejai! Elegan tak?

Fasha Sandha Nikah

Suasana majlis pernikahan yang dihadiri sekitar 300 tetamu

Fasha Sandha Nikah

Barang hantaran

Jejai sudah mengambil tempatnya.

Fasha Nikah

Fasha Nikah

Dengan dua lafaz, pelakon sensasi, Fasha Sandha telah pun selamat menjadi isteri kepada Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Tahniah!

Jejai

Tepat jam 9.40 malam, dengan 2 kali lafaz, Jejai kini sah menjadi suami kepada Fasha Sandha. Tahniah buat kedua-duanya.

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha

Fasha Sandha Nikah

kredit photo kepada Twitter Gua Malaysia, Rizman Ruzaini, Sultanmuzaffar, Media Hiburan, Tomok & Isma

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. mane mk mentua fasha sandha….xda ke kenangan bersama dgn keluarga jejai….semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

  2. Lawanye pelamin nikah & sanding dia…
    Ada sesiapa tahu bridal house mana yang buat tu?…
    Rasa teringin nak pelamin macam tu masa kawen nanti…simple tapi elegan lah…

  3. dasar perampas….Harap Nora Danish tabah & sabar mnempuh dugaan…smoga Allah lindungi Nora Danish..Amin….

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siri Animasi Terbaru Pada Zaman Dahulu

Filem CHOW KIT Lahir Bintang Baru Mohamad Izzam Syafiq