in ,

Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 24

Kalaulah ada Anugerah Pakaian Tercantik di AJL semalam, Budiey rasa fesyen rekaan Rizman Ruzaini yang dipakai oleh Liyana Jasmay pasti akan terpilih. Korang setuju? ianya memang bagi Budiey, sangat menepati tema AJL kali ini. Kalau kita tengok pemilihan warna pun memang sama dengan montaj dan logo AJL24.

Laskar indah dengan warna pelangi yang agak terang, garang serta menyerlah! Liyana Jasmay nampak berseri disaluti pakaian ini. Ternyata satu rekaan bijak lagi genius yang padan dengan tubuh langsing LJ di mana jalurnya mengimbangi susuk tubuh beliau. Jadi, tak lah orang kata LJ ni kurus keding sangat. Sebab jalurnya melintang. Kasut lak warna ungu terang. Mmm, sesuai dan cun sangat!

Dari dekat, badan LJ seperti dililit oleh kain berwarna warni macam orang mesir lilit mumia tu.

Bertemu dengan Liyana Jasmay semalam, Budiey boleh baca dari riak keceriaan terpanjar jelas dari senyuman lebar LJ, Bukan apa boyfriendnya kan juara AJL. Mestilah LJ tumpang gembira. Dan Budiey harap kejayaan AIzat menyuntik 1001 semangat ke dalam jiwa LJ. Orang kata, ambil aura. Teruskan berkarya, okay?

4264258397 2E2D913C1D O | 4

4265009026 Cbe79D2E53 O | 5

4265004938 Dc8E654Ed5 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Ifa Raziah di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 24

Gambar Fesyen Seksi Buka Dada Betty Benafe di AJL24