in

Gambar Kontroversi Amber Chia di Majalah Taiwan

Amber Chia buat kontroversi lagi setelah dua tahun lalu, Amber bergambar di majalah Playboy, kini model ternama itu buat aksi panas di majalah Taiwan pula. Mesti meletop. Siapa ada gambar Amber Chia di Majalah Taiwan tu hantar kat budiey ya. Hehe.

Dipetik dari Harian Metro
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

Selepas kontroversi memperagakan tubuh dalam majalah Playboy dua tahun lalu, peragawati terkemuka tanah air, Amber Chia, 26, sekali lagi muncul melalui aksi panas terkini dalam sebuah majalah hiburan di Taiwan, baru-baru ini.

Model yang juga pelakon filem itu didakwa memeranjatkan rakyat Malaysia berikutan tampil tanpa memakai coli selain mempamerkan pelbagai aksi mengghairahkan dan berani. Penyebaran gambar terbaru model kelahiran Sabah, melalui majalah berkenaan mencetuskan kejutan terbaru berikutan gambar tubuh tinggi lampai bekas juara Pencarian Peragawati Antarabangsa Guess 2004 itu disifatkan berunsur erotik.

Namun berdasar maklumat mendapati, pelbagai gambar seksi model berkenaan dicetak dan diterbitkan sebuah majalah hiburan ‘China Times Weekly’ yang berpusat di Taiwan untuk pasaran negara berkenaan. Majalah yang diterbitkan bertarikh 30 Mei lalu di negara berkenaan dikatakan kini turut tersebar meluas di Malaysia sehingga menimbulkan tanda tanya masyarakat berikutan ia turut memasuki pasaran tempatan.

Gambar yang disertai artikel berhubung model terkemuka itu mula menjadi buah mulut sehingga menyebabkan orang ramai memburunya untuk melihat tubuh artis itu dari dekat.

Bagaimanapun difahamkan gambar ‘panas’ Amber itu sebaliknya digunakan bagi tujuan promosi selepas artis terbabit dipilih sebagai model bagi sebuah pusat beli-belah terkemuka di negara berkenaan. Berdasarkan artikel dalam majalah berkenaan, Amber menyatakan keinginannya melebarkan sayap kariernya ke negara berkenaan.

Malah gambar itu kini dijadikan hiasan pada papan tanda iklan di negara terbabit untuk tujuan mempromosikan jualan dan imej pusat beli-belah berkenaan. Melalui artikel disiarkan, Amber menyatakan aksi panas itu tidak mungkin boleh diterbitkan di Malaysia berikutan negara kelahirannya mempunyai peruntukan undang-undang yang ketat.

Berdasarkan gambar disiarkan, Amber hanya memakai seluar dalam hitam dan jeans biru tanpa coli. Malah gambarnya itu turut digunakan pada kulit muka hadapan majalah berkenaan yang diterbitkan setiap minggu.

Model Malaysia terbabit sebelum ini pernah muncul dalam edisi sulung majalah Playboy versi Indonesia pada 7 April 2006 yang menimbulkan bantahan penduduk negara itu sebelum ia mula dipasarkan kepada umum.

Amber ketika itu muncul dalam ruangan ‘Celebrity’ sebanyak lapan muka. Gambar pertama memaparkan dia dengan skirt mini, baju dalam berenda oren dan baju putih. Gambar seterusnya menunjukkan dia memakai jeans denim low-cut dan baju dalam hitam bermanik.

Duta Guess yang juga Model Terbaik Wanita Malaysia itu kelihatan seksi dan mengghairahkan berbeza dengan pertama kali kemunculannya di khalayak. Dengan tajuk Hardworker Amber, majalah itu menyifatkan wanita itu sebagai segar, cantik dan seksi.

Amber yang pernah menjadi duta produk Guess Watches, Stila, Whisper (P&G) dan L’Orea pernah mengeluarkan kenyataan awal tahun ini kepada media, dia sudah mengikat kontrak dua tahun sebagai model di Taiwan.

 

Gambar kontroversi Amber Chia di Playboy Magazines

[tags]gambar amber chia, bogel, kontroversi, playboy amber chia, model sabah, majah taiwan, magazine, model guess, model malaysia, nude, naked amber[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Amy Search di Laman Santai, Istana Budaya

Rakaman Unzipped HUJAN di Ruums KL