in , ,

Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin

Gambar majlis pernikahan antara Zizan Nin, 35, dan Farahdhiya Mohd Amin, 24, telah tersebar. Tapi sah-sahlah ramai yang dah tahu, ini adalah antara babak penting dalam Drama Milikmu yang sedang disiarkan di TV3. Gimik yang sangat klise. Apa pendapat korang tentang drama Milikmu?

Sebelum Ramadan menyingkap tirainya, ramai pasangan selebriti memilih untuk mengakhiri episod cinta mereka dengan ikatan perkahwinan yang sah dan suci. Antara pasangan yang memilih untuk diijabkabulkan sebelum bulan puasa lalu ialah Maya Karin, Zain Ruffedge, Deja Moss, Fifi dan Natasha Aimee.

Zizan sebelum ini pernah membuat pengakuan hatinya sudah dimiliki seorang gadis dalam lingkungan 20-an dan kebetulan Faradhiya juga dalam lingkungan umur itu. Bagaimanapun kata Zizan, gadis pilihannya hanyalah orang biasa bukan kalangan orang seni.

Faradhiya pula setelah episod cintanya bersama penyanyi Hattan kecundang di tengah jalan, lebih selesa memilih orang biasa sebagai kekasih. Selain itu, biarpun berdarah kacukan Melayu-Inggeris, dia lebih senang memilih lelaki Melayu sebagai calon suaminya. Adakah pasangan ini memungkiri prinsip yang dibuat mereka sendiri?

Sebenarnya Zizan dan Farahdhiya hanyalah melaksanakan watak mereka untuk drama bersiri Ku Milikmu yang kini sedang ligat ditayangkan di TV3 menerusi slot Lestary, setiap Selasa jam 9 malam. – kredit foto & artikel Berita Harian

2828935543 Beee66Aefb O | 4

Macam secocok je kan?

2828935375 2513A19Aec O | 5

Amboi, mesranya. Ingat, korang kawin olok-olok je tau!

2828936301 E785B7541C O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Millionaire’s First Love, The Lion Roars, Love Is Love di 8TV

Tan Sri Abdul Samad Ismail Meninggal Dunia