in

Tan Sri Abdul Samad Ismail Meninggal Dunia

Budiey BlogTan Sri Abdul Samad Ismail, 84, yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai petang semalam, sempat mewasiatkan supaya bukunya dijaga dengan baik.

Anak bongsu Allahyarham, Nur Azrina, 38, berkata bapanya mewasiatkan mereka agar menjaga semua bukunya yang disimpan di rumah dengan baik.

“Bapa meminta supaya buku yang disimpan dalam rumah tidak dibawa keluar. Sebelum bapa meninggal, kami sempat membaca surah Yasin. Selesai baca Yasin, bapa ada membuka matanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya di sini, malam tadi.

Abdul Samad atau lebih dikenali sebagai Pak Samad meninggal dunia jam 5.58 minit petang kerana jangkitan paru-paru.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pantai pada 24 Ogos lalu kerana kesukaran bernafas.

Nur Azrina berkata, bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Katanya, dia sekeluarga mengucapkan terima masih kepada semua yang mendoakan kesihatan bapanya selama ini.

Sementara itu, kakak Nur Azrina, Nuraina, 52, berkata dia menerima pemergian bapanya sebagai ketentuan Ilahi.

“Apa yang paling dirindui saya ialah bercakap mengenai isu politik dengan bapa. Allahyarham sangat prihatin terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Jenazah Pak Samad dibawa pulang ke kediamannya di Seksyen 16, Petaling Jaya kira-kira jam 8.45 malam tadi.

Sanak saudara dan kenalan tidak putus-putus menziarahi jenazah Allahyarham di kediamannya malam tadi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Pak Samad, anak kelahiran Singapura meninggalkan seorang balu, Puan Sri Habibah Hamid dan 10 anak termasuk dua yang sudah meninggal dunia. – dipetik dari Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kahwin Zizan Nin dan Farahdhiya Mohd Amin

Album Terbaru MAS IDAYU – KEKAL 1001